Posts

Syed Saddiq 'Si Hipokrit' Yang Sebenar

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini mendakwa parti DAP tidak berjuang untuk masa depan Malaysia. Dia juga mendakwa DAP gagal menyuarakan kritikan terhadap isu rasuah di negara ini. Syed Saddiq turut mendakwa kerajaan ketika ini tiada prinsip dan rasa malu. Ayat sama yang diulanginya pada tahun lalu ketika berbalah dengan Naib Presiden DAP, Nga Kor Ming. Sebelum ini, Syed Saddiq juga mendakwa DAP adalah anjing suruhan Barisan Nasional (BN) selepas dia mengesahkan keluar daripada pakatan kerajaan tahun lalu. SUMBER: https://malaysiagazette.com/2023/09/07/syed-saddiq-tuduh-dap-tiada-prinsip-gila-kuasa/ Dakwaan demi dakwaan Syed Saddiq terhadap DAP menunjukkan dia langsung tidak mengenang jasa parti itu kepada dirinya. Syed Saddiq lupa siapakah yang membantu memenangi kerusi Parlimen di Muar? Jika bukan kerana DAP, Syed Saddiq sehingga kini tidak akan bergelar ahli Parlimen Muar. Syed Saddiq lupa siapakah yang memberi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri W...

Syed Saddiq Hanya Tunggang Isu

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini mengumumkan dia akan terlibat dalam jelajah bersama Perikatan Nasional (PN). Syed Saddiq mendakwa penyertaannya dalam jelajah itu adalah sebagai kerjasama demi isu rakyat dan masa depan negara. Rasa-rasanya, ramai dah menduga bahawa Syed Saddiq mengubah haluan untuk menyertai PN apabila gambarnya meraikan Tahun Baharu Cina bersama pemimpin gabungan parti itu tempoh hari. Tapi bukankah Syed Saddiq mahu bergerak solo ketika keluar dari blok kerajaan tempoh hari? Mengapa tiba-tiba mendekati PN? Adakah Syed Saddiq sudah 'mati akal' dan tahu tidak mampu untuk bergerak solo? Kalau bersembang soal rakyat, Syed Saddiq juaranya. Tapi pandai cakap sahaja, tak tahu nak buat. Syed Saddiq dakwa rasuah makin teruk. Siapa penyumbangnya? Bukankah Syed Saddiq salah seorang penyumbang kes rasuah di negara ini? Jangan lupa, hukuman tujuh tahun penjara menanti. Lain kali semak fakta dan baca berita sebelum lontar dakwaan. Indeks Perse...

Hubungan 'Daddykasi' Mukhriz-Mahathir

Image
Anak bekas Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Seri Mukhriz sebelum ini terpalit dengan skandal kontrak pembalakan di Sarawak. Mukhriz seperti biasa pasti akan menafikan dakwaan berkenaan kerana mahu menyelamatkan dirinya sendiri. Bukti bagaimanapun tersebar menerusi laporan portal Sarawak Report pada 2019. Soalnya mengapa Mukhriz mendapat tender berkenaan di Sarawak? Daripada senarai pemaju di Malaysia ini, namanya terpalit dalam kontroversi tersebut. Mukhriz malahan bukan sahaja dikaitkan dengan kontroversi berkenaan tetapi juga melibatkan tanah-tanah lain di Malaysia. Menurut surat tender yang ditularkan itu bertarikh Disember 1994, Mukhriz dikatakan mendapat kontrak pembalakan seluas 1,000 hektar. Difahamkan, satu ekar tanah bernilai RM1 juta pada ketika itu. Kalau dikira secara keseluruhannya, Mukhriz mengaut keuntungan sebanyak RM2.4 bilion daripada kontrak tersebut. Bagaimana Mukhriz boleh mendapat keistimewaan sebegitu dan mengapa dia mendapat kontrak itu? Jawapannya mudah, bap...

MUDA Terus Bergelut, PRU-16 Tampak Samar

Image
Pengunduran ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak mengejutkan memandangkan sebelum ini ramai pihak mendesaknya mengosongkan jawatan itu serta kerusi dipegangnya ekoran terpalit skandal wang. MUDA seperti semua sedia maklum merupakan sebuah parti politik yang berpaksikan kepada seorang figura selama ini iaitu Syed Saddiq. Selepas dia mengundurkan diri, MUDA tampak goyah kerana tidak memiliki pemimpin yang berkaliber serta mempunyai pengaruh seperti Syed Saddiq. Apakah nasib MUDA selepas ketiadaan Syed Saddiq? Mampukah mereka bertahan sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16)? Atau hayat MUDA tidak akan kekal lama seperti parti-parti kecil lain yang pernah menjadi lipatan sejarah politik tanah air? Sumber: https://www.beritaharian.sg/malaysia/syed-saddiq-letak-jawatan-presiden-muda-kekal-sebagai-ap-muar Sehingga kini, MUDA tidak menunjukkan rekod memberangsangkan dalam sebarang pilihan raya meskipun telah ditubuhkan lebi...

Johor: Jambatan Harmoni Malaysia-Singapura

Image
Malaysia dan Singapura merupakan dua negara yang berjiran dan memiliki sejarah yang panjang antara satu sama lain. Kedua-dua negara pernah menjadi sebahagian daripada Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Johor-Riau, Negeri-Negeri Selat, Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia. Walaupun kedua-dua negara telah berpisah pada tahun 1965, hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura masih terus dijaga sehingga kini. Namun satu faktor yang kerap dilupakan adalah peranan penting Kerajaan Negeri Johor dan Keluarga Diraja Johor dalam memastikan hubungan baik kedua-dua negara tetap kukuh dan harmoni. Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/212237/edisi/erat-hubungan-johor-singapura-sultan-ibrahim Keluarga Diraja Johor mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Singapura. Hubungan ini bukan sahaja pada tahap formal, tetapi juga melalui hubungan peribadi yang erat. Ketika ada isu atau ketegangan yang muncul, Keluarga Diraja Johor seringkali berperanan sebagai jambatan komunikasi, memudahkan...

Muhammad Sanusi Penghasut Politik

Image
Perikatan Nasional (PN) nampaknya mempunyai agenda tersendiri untuk menjatuhkan institusi diraja pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai kelak. Tangkap layar pada 'group' WhatsApp PN menunjukkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mat Noor memberi arahan kepada para penyokongnya untuk memenangkan parti itu bagi 'memalukan Tunku Mahkota Johor (TMJ)'. Mereka juga mengutuk Bangsa Johor dan menggunakan pendekatan 'syurga neraka' untuk meraih sokongan orang ramai dalam PRK kelak. Sebelum ini, Muhammad Sanusi menderhaka kepada kerabat diraja Selangor, sekarang mengajak penyokongnya pula menderhaka kepada kerabat diraja Johor. Muhammad Sanusi nampaknya tidak tahu atau pura-pura enggan ambil peduli impak negatif perbuatannya itu kepada negara secara keseluruhannya. Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan merupakan simbol perpaduan serta kestabilan. Tindakan Muhammad Sanusi mengajak para penyokongnya menderhaka kepada kerabat di...

MUDA Sekadar 'Pengacau' Undi

Image
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang bertanding di 19 kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri secara solo baru-baru ini, gagal meraih sebarang kemenangan. Malah, tiada seorang calon pun yang berjaya meraih undi melebihi 10% daripada jumlah undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Kesemua calon MUDA juga hilang deposit susulan jumlah undi kecil yang diraih oleh mereka. Percubaan MUDA untuk bertanding secara solo sebenarnya sudah dijangka akan gagal kerana beberapa faktor. Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/prn-muda-kalah-teruk-hilang-semua-deposit-tapi-432736 Faktor pertama semestinya adalah rakyat menolak pemimpin MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Syed Saddiq hanya juara di media sosial tapi dilabel sebagai 'poyo' dan tidak menjalankan keje politiknya. Kenyataan dia yang berbelit-belit dan hanya menyerang individu tertentu mengikut arus, hanya mengundang kritikan orang ramai. Syed Saddiq juga merupakan kluster mahkamah dan raky...