Posts

Showing posts with the label kes pembunuhan

Betul Ke Razak Baginda Tidak Bersalah?

Image
Pada 2010, seorang penyiasat persendirian mendakwa Abdul Razak Baginda tidak bersalah dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Dakwaan itu dikeluarkan dalam satu sidang media di London oleh penyiasat persendirian tersebut. Ketika itu, Abdul Razak dibebaskan dari tuduhan membunuh Altantuya manakala dua anggota polis iaitu cif inspektor Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar dijatuhkan hukuman mati. Namun adakah dakwaan itu benar? Betul ke Abdul Razak tidak bersalah membunuh Altantuya? Persoalan itu perlu dijawab menerusi fakta yang telah dibongkarkan oleh media-media sebelum ini. Abdul Razak merupakan pengarah syarikat yang dinamakan sebagai Terasasi (Hong Kong) Ltd. Seorang lagi pengarah merupakan bapa Razak Baginda, Abdul Malim Baginda. Syarikat itu pada mulanya diperbadankan sebagai Kinabalu Advisory dan Support Services Ltd pada Jun 2002. Sejumlah AS$1.2 bilion jualan kapal selam Scorpene yang diperoleh daripada Kementerian Pertahanan Malaysia disalurkan kepada ...

Razak Baginda Tidak Beretika

Image
Ramai mengatakan Abdul Razak Baginda adalah dalang kepada kes pembunuhan kejam membabitkan seorang model Mongolia, Altantuya Shaariibuu meskipun selepas hampir 20 tahun peristiwa itu terjadi. Kejadian yang berlaku pada 19 Oktober 2006 itu menggemparkan negara. Dua suspek telah ditahan dan menjalani hukuman manakala Abdul Razak hanya diminta untuk membayar ganti rugi atau pampasan kepada keluarga mangsa. Selain itu, pelbagai kontroversi dan teori turut menyelubungi kes berkenaan. Ramai ingin mengetahui punca sebenar Altantuya dibunuh dan mengapa Abdul Razak merupakan dalang utama kes tersebut? Pada 2022, nama Abdul Razak dikaitkan dalam laporan audit forensik projek kapal tempur pesisir (LCS) yang dinyahklasifikasikan. Abdul Razak dikatakan menggunakan kaedah tidak beretika dalam perolehan dua kapal selam Scorpene milik Perancis. Selain Razak, pembuat kapal Perancis, DCNS kini dikenali sebagai Naval Group turut dikaitkan dengan isu tersebut. Laporan itu mendakwa bahawa di bawah perjanji...