MUDA Sekadar 'Pengacau' Undi


Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang bertanding di 19 kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri secara solo baru-baru ini, gagal meraih sebarang kemenangan.

Malah, tiada seorang calon pun yang berjaya meraih undi melebihi 10% daripada jumlah undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Kesemua calon MUDA juga hilang deposit susulan jumlah undi kecil yang diraih oleh mereka.

Percubaan MUDA untuk bertanding secara solo sebenarnya sudah dijangka akan gagal kerana beberapa faktor.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/prn-muda-kalah-teruk-hilang-semua-deposit-tapi-432736


Faktor pertama semestinya adalah rakyat menolak pemimpin MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Syed Saddiq hanya juara di media sosial tapi dilabel sebagai 'poyo' dan tidak menjalankan keje politiknya.

Kenyataan dia yang berbelit-belit dan hanya menyerang individu tertentu mengikut arus, hanya mengundang kritikan orang ramai.

Syed Saddiq juga merupakan kluster mahkamah dan rakyat kini secara automatik akan menolak mana-mana ahli politik yang terlibat dalam kes mahkamah.

Ahli politik yang memiliki kes mahkamah ini tidak wajar untuk diberi peranan menerajui negara.

Sumber: https://www.bharian.com.my/kolumnis/2023/07/1122079/prn-uji-populariti-sebenar-muda-syed-saddiq


Faktor kedua adalah kekurangan pengalaman dalam kalangan ahli parti MUDA.

Kesemua calon yang dipertandingkan oleh MUDA pada PRN tidak memiliki pengalaman luas dalam politik.

Malah, rakyat juga mempertikaikan pemilihan beberapa calon MUDA yang mencetuskan kontroversi seperti Abe Lim dan Muhammad Noriswan Ishak.

MUDA juga memilih calon yang tidak memiliki latar belakang pendidikan yang kukuh.

Selain itu, rakyat juga mengkritik kempen pilihan raya MUDA yang dilihat sekadar tangkap muat sahaja.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2023/07/1132597/calon-muda-dun-repah-tarik-diri


MUDA sekadar berjanji dan tiada perancangan yang terperinci untuk melaksanakannya.

Syed Saddiq sendiri banyak berjanji untuk memperjuangkan nasib rakyat ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan sewaktu menjadi Menteri Belia dan Sukan.

Namun janji hanya tinggal janji dan Syed Saddiq tidak kelihatan serius untuk melaksanakannya.

Alasan demi alasan diberikan dan dia lebih banyak menyerang ahli politik lain berbanding menunaikan janjinya.

MUDA pernah berjanji mahu melakukan transformasi atau revolusi dalam pentadbiran negara.

Sehingga kini, tiada satu usaha MUDA yang menampakkan mereka benar-benar serius mahu merevolusikan pentadbiran negara.

Sumber: https://www.dagangnews.com/article/muda-gagal-pikat-hati-pengundi-dalam-pilihan-raya-negeri-2023-29293


Jangan dilupakan konflik dalaman MUDA juga menyebabkan orang ramai menolak parti itu.

Selain itu, MUDA tiada ideologi perjuangan yang jelas dan masih samar-samar.

Jika perlu dirombak dan menolak Syed Saddiq, MUDA patut berbuat demikian.

Meskipun telah ditubuhkan hampir 3 tahun, MUDA masih tercari-cari arah perjuangan mereka.

Kalau tidak takut hilang wang deposit, tak perlu rombak parti.

Tapi kalau benar-benar mahu memperjuangkan sesuatu untuk rakyat, MUDA perlu berani membuat langkah drastik.

Comments

Popular posts from this blog

Muhammad Sanusi Penghasut Politik

Syed Saddiq Hanya Tunggang Isu

Mahathir Hanya Pengkhianat Negara