MUDA Terus Bergelut, PRU-16 Tampak Samar
Pengunduran ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak mengejutkan memandangkan sebelum ini ramai pihak mendesaknya mengosongkan jawatan itu serta kerusi dipegangnya ekoran terpalit skandal wang.
MUDA seperti semua sedia maklum merupakan sebuah parti politik yang berpaksikan kepada seorang figura selama ini iaitu Syed Saddiq.
Selepas dia mengundurkan diri, MUDA tampak goyah kerana tidak memiliki pemimpin yang berkaliber serta mempunyai pengaruh seperti Syed Saddiq.
Apakah nasib MUDA selepas ketiadaan Syed Saddiq? Mampukah mereka bertahan sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16)?
Atau hayat MUDA tidak akan kekal lama seperti parti-parti kecil lain yang pernah menjadi lipatan sejarah politik tanah air?
Sumber: https://www.beritaharian.sg/malaysia/syed-saddiq-letak-jawatan-presiden-muda-kekal-sebagai-ap-muar
Sehingga kini, MUDA tidak menunjukkan rekod memberangsangkan dalam sebarang pilihan raya meskipun telah ditubuhkan lebih tiga tahun.
Malah, Syed Saddiq memenangi kerusi Parlimen Muar menerusi bantuan Pakatan Harapan (PH) dan DAP pada PRU-14.
Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya turut memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa hasil pertolongan PH ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
MUDA juga gagal meraih sebarang kerusi selain Syed Saddiq pada PRU-15 dan kalah semua kerusi sewaktu PRN di enam buah negeri tahun ini.
Paling memalukan, tiada ada seorang calon MUDA yang berjaya meraih undi melebihi 10% daripada jumlah undi DUN masing-masing ketika PRN di enam buah negeri.
Angka itu membuktikan bahawa MUDA meskipun di bawah pimpinan Syed Saddiq, masih bergelut untuk memenangi sebarang kerusi.
Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/prn-muda-kalah-teruk-hilang-semua-deposit-tapi-432736
Selepas Syed Saddiq, siapa sahaja mampu menggantikan tempatnya? Adakah Amira Aisya?
Kalau melihat portfolio Amira Aisya sehingga kini, prestasinya tidak memberangsangkan untuk dia membawa MUDA seperti Syed Saddiq.
Tidak ada satu sumbangan atau pencapaian yang dilakukan oleh Amira Aisya sepanjang bergelar ADUN.
Dia lebih banyak mengikut apa jua naratif yang dibawa oleh Syed Saddiq.
Kebanyakan ahli-ahli MUDA juga turut setahun jagung serta tidak memiliki pengalaman luas dalam politik.
Malah, ada ahli politiknya terpalit dengan pelbagai kontroversi seperti Abe Lim serta Dian Lee.
Bukan itu sahaja, MUDA tidak mempunyai dana yang besar untuk meneruskan operasi mereka serta berkempen pada masa hadapan.
Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/610212
Selain itu, kebanyakan dasar cuba dibawa oleh MUDA tidak diterima dengan baik oleh pelbagai pihak.
Dasar-dasar yang selama ini oleh MUDA lebih bersifat melawan arus dan sukar untuk dihadam oleh rakyat.
Sebelum ini, Syed Saddiq pernah membawa usul untuk meluluskan penggunaan ganja serta melaksanakan pendidikan politik di sekolah.
Namun, usulnya itu tidak diterima baik oleh kebanyakan pihak serta dipandang sepi kerana kurang bersesuaian dengan amalan masyarakat negara ini.
Kalau MUDA masih meneruskan usaha membawa usul-usul seperti itu, maka parti itu tidak jauh beza dengan atau tanpa kehadiran Syed Saddiq.
Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2022/03/ganja-yasin-sulaiman-kirim-salam-pada-syed-saddiq/
MUDA terumbang-ambing ketika ini selepas ketiadaan Syed Saddiq. Pemilihan parti pula hanya dibuat pada tahun depan.
Sedangkan MUDA memerlukan pengganti kepada Syed Saddiq dan rombakan perlu dilakukan sekiranya MUDA mahu kekal secara relevan.
Namun, bila difikirkan semula, MUDA bukan siapa-siapa walaupun ketika Syed Saddiq memimpin parti itu.
Pada zaman kepimpinan Syed Saddiq, MUDA masih belum temui haluan berkenaan misi dan visi mereka.
Situasi itu masih berlanjutan sehingga kini dan nasib MUDA hanya boleh berubah jika mereka sendiri mengubah cara untuk rakyat.
Jika tidak, selamat tinggal MUDA.
Comments
Post a Comment