Posts

Showing posts with the label Lim Wei Jiet

Nilai Liberal MUDA Bertentangan Adat Melayu

Image
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memang dikenali sebagai parti yang mengangkat ideologi liberal secara terang-terangan. Malahan, tiada sesiapa daripada ahli-ahlinya menafikan dakwaan berkenaan. Sepanjang MUDA ditubuhkan, banyak 'isyarat' jelas menunjukkan MUDA memperjuangkan ideologi tersebut. Apa matlamat sebenar MUDA dalam arena politik negara? Apakah 'penamat' yang dikejar oleh parti berkenaan? Parti MUDA bukan sahaja gagal menjadi kuasa ketiga, malahan gagal mengangkat misi dan visi perjuangan yang jelas kepada rakyat. Sumber: https://malaysiagazette.com/2021/04/28/masalah-parti-muda-adalah-syed-saddiq/ Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti MUDA, Lim Wei Jiet pada Julai lalu mengeluarkan kenyataan dangkal bahawa dia bersolidariti dengan pemilik Crackhouse Club House, Rizal Van Geyzel. Wei Jiet mendakwa pelawak memainkan peranan penting dalam masyarakat dan elemen jenaka sering melucukan kerana terdapat 'kebenaran' dalam kandungan lawak itu. Satu so...

Parti MUDA Mahu Hapuskan DEB? Jangan Beri Mereka Undi Anda!

Image
Sebelum sesiapa berfikir untuk mengundi untuk mana-mana calon MUDA, pastikan anda baca artikel ini terutamanya orang Melayu. Cuba faham apa yang mereka akan lakukan jika mereka menang dan berkuasa satu hari nanti. Ketika kempen PRN Johor pada Mac lalu, calon MUDA iaitu Lim Wei Jiet, telah menyatakan bahawa Dasar Ekonomi Baharu (DEB) telah disalah guna dan perlu dijauhi. Kata Wei Jiet, DEB ini membolehkan projek dan kuota diberikan semata-mata atas warna kulit seseorang, terutamanya untuk golongan berada. Apakah Wei Jiet tidak meneliti sebarang fakta atau data tahunan dikeluarkan oleh jabatan kerajaan sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian? Malah, kenyataan Wei Jiet seolah-olah menunjukkan dia hanya mahu menyerang kaum lain tanpa berlandaskan fakta yang sahih. Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/03/05/jauhi-deb-yang-berasaskan-kaum-kata-calon-muda/ Sebelum isu ini didalami, perlu untuk kita fahami apa objektif polisi DEB. Setelah 10 tahun lamanya ...