Posts

Showing posts with the label PRN

Dari Awal MUDA Dipenuhi Kontroversi

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini memutuskan untuk tidak bertanding dalam pemilihan sulung parti MUDA kerana kes mahkamahnya masih berjalan. Dia mendakwa tidak mahu kes mahkamahnya menghalang MUDA daripada terus maju ke hadapan. Syed Saddiq turut mendakwa parti politik mestilah bersih dan kepimpinan perlulah suci tanpa sebarang cela. Namun, adakah MUDA bersih ketika di bawah kepimpinan Syed Saddiq sebelum ini? Kenyataan Syed Saddiq itu seolah-olah dia berada dalam khayalan sendiri bahawa partinya selama ini bersih daripada sebarang kontroversi. Tidak sampai dua tahun penubuhan parti, MUDA terpalit dengan kontroversi ahli-ahlinya dengan selamba menayangkan kegiatan mereka minum minuman beralkohol. Sehinggakan ada yang mempertikaikan sama ada pembelian arak berkenaan menggunakan duit kutipan awam bantuan banjir di Johor pada 2022. Syed Saddiq mendakwa ahli-ahli yang minum arak adalah mereka yang bukan beragama Islam. Namun, wajarkah foto-foto m...

Muhyiddin Perlu Berhenti Main Isu 3R

Image
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mencetuskan kontroversi berkaitan 3R (kaum, agama, raja) ketika ucapan sewaktu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Neggiri baru-baru ini. Muhyiddin mendakwa bekas Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak menjemput dia untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2022. Ketika itu, Muhyiddin mendakwa dia sudah meraih majoriti sokongan untuk melayakkannya dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10. Namun dakwaan Muhyiddin mendapat respons Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang menegaskan kenyataan itu telah meremehkan tugas YDPA dan berniat untuk menyebarkan kebencian kepada rakyat. Tengku Mahkota Pahang juga mengatakan kenyataan itu bersifat pra-matang dan membuktikan Muhyiddin tidak layak menjadi Perdana Menteri. SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2024/08/19/pahangs-tengku-hassanal-calls-for-firm-act...

MUDA Terus Bergelut, PRU-16 Tampak Samar

Image
Pengunduran ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak mengejutkan memandangkan sebelum ini ramai pihak mendesaknya mengosongkan jawatan itu serta kerusi dipegangnya ekoran terpalit skandal wang. MUDA seperti semua sedia maklum merupakan sebuah parti politik yang berpaksikan kepada seorang figura selama ini iaitu Syed Saddiq. Selepas dia mengundurkan diri, MUDA tampak goyah kerana tidak memiliki pemimpin yang berkaliber serta mempunyai pengaruh seperti Syed Saddiq. Apakah nasib MUDA selepas ketiadaan Syed Saddiq? Mampukah mereka bertahan sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16)? Atau hayat MUDA tidak akan kekal lama seperti parti-parti kecil lain yang pernah menjadi lipatan sejarah politik tanah air? Sumber: https://www.beritaharian.sg/malaysia/syed-saddiq-letak-jawatan-presiden-muda-kekal-sebagai-ap-muar Sehingga kini, MUDA tidak menunjukkan rekod memberangsangkan dalam sebarang pilihan raya meskipun telah ditubuhkan lebi...

MUDA Sekadar 'Pengacau' Undi

Image
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang bertanding di 19 kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri secara solo baru-baru ini, gagal meraih sebarang kemenangan. Malah, tiada seorang calon pun yang berjaya meraih undi melebihi 10% daripada jumlah undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Kesemua calon MUDA juga hilang deposit susulan jumlah undi kecil yang diraih oleh mereka. Percubaan MUDA untuk bertanding secara solo sebenarnya sudah dijangka akan gagal kerana beberapa faktor. Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/prn-muda-kalah-teruk-hilang-semua-deposit-tapi-432736 Faktor pertama semestinya adalah rakyat menolak pemimpin MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Syed Saddiq hanya juara di media sosial tapi dilabel sebagai 'poyo' dan tidak menjalankan keje politiknya. Kenyataan dia yang berbelit-belit dan hanya menyerang individu tertentu mengikut arus, hanya mengundang kritikan orang ramai. Syed Saddiq juga merupakan kluster mahkamah dan raky...