Muhammad Sanusi Penghasut Politik


Perikatan Nasional (PN) nampaknya mempunyai agenda tersendiri untuk menjatuhkan institusi diraja pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai kelak.

Tangkap layar pada 'group' WhatsApp PN menunjukkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mat Noor memberi arahan kepada para penyokongnya untuk memenangkan parti itu bagi 'memalukan Tunku Mahkota Johor (TMJ)'.

Mereka juga mengutuk Bangsa Johor dan menggunakan pendekatan 'syurga neraka' untuk meraih sokongan orang ramai dalam PRK kelak.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi menderhaka kepada kerabat diraja Selangor, sekarang mengajak penyokongnya pula menderhaka kepada kerabat diraja Johor.

Muhammad Sanusi nampaknya tidak tahu atau pura-pura enggan ambil peduli impak negatif perbuatannya itu kepada negara secara keseluruhannya.

Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan merupakan simbol perpaduan serta kestabilan.

Tindakan Muhammad Sanusi mengajak para penyokongnya menderhaka kepada kerabat diraja Johor, bukan sahaja menyerang institusi diraja tetapi juga integriti negara ini.

Muhammad Sanusi masih tidak serik-serik dengan kesnya membabitkan Sultan Selangor. Mahu kena tahan pukul 3 pagi lagi dengan anggota polis?

Tidak cukup dengan itu, dia juga pernah memperlekeh pertemuan Perdana Menteri bersama Sultan Kedah.

Apa tujuan Muhammad Sanusi kerap kali menyerang kerabat diraja? Apakah dia merasakan sudah terlalu kebal apabila pegang jawatan Menteri Besar?

Tak usah menghasut orang ramai untuk menderhaka kepada kerabat diraja. Hasutan itu hanya akan menimbulkan kekacauan dalam negara.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/08/1136115/awak-dah-kena-satu-kes-dengan-sultan-selangor-anwar-ingatkan-sanusi


Tunku Mahkota Johor sendiri meminta pemilik Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tan Sri Dr Daud Bakar agar menasihati Muhammad Sanusi supaya menjaga tingkah laku sebagai seorang Menteri Besar.

Baginda mengharapkan Muhammad Sanusi agar tidak lagi memecahbelahkan orang Melayu dan tidak berperangai seperti badut.

Muhammad Sanusi seakan-akan mahu membawa sentimen bola sepak dalam PRK Pulai.

Dia tahu dia tidak mampu untuk membawa KDA FC seperti Tunku Mahkota Johor, maka dia guna pendekatan berbeza.

Sepatutnya Muhammad Sanusi sebagai ahli politik, tunjukkan contoh yang baik kepada rakyat dan bukannya mencetuskan api hasutan terhadap kerabat diraja.

Sumber: https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2022/10/1009215/tmj-minta-sanusi-jaga-sikap-keperibadian-sebagai-mb


Muhammad Sanusi lebih elok jaga negeri sendiri sahaja, tak usah nak mengadu domba rakyat Johor.

Negeri sendiri pun tidak terjaga, sibuk hal negeri orang lain.

Sebaliknya, Muhammad Sanusi lebih suka menjaja cerita yang direka-reka bagi tujuan menarik perhatian penyokongnya seperti mendakwa kononnya kerajaan akan tumbang tidak lama lagi.

Naratif inilah yang diulang tayang oleh Muhammad Sanusi supaya penyokong-penyokong kekal setia bersama parti pimpinannya sedangkan itu hanyalah tipu helah dan perang psikologi.

Lebih baik Muhammad Sanusi tumpu sahaja masalah rakyat Kedah. Jangan jaga tepi kain orang lain.

Sumber: https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2023/05/air-sanusi-gagal-selesai-masalah-rakyat/


Tindakan Muhammad Sanusi memprovokasi rakyat untuk menderhaka terhadap kerabat diraja adalah untuk kepentingan peribadinya semata-mata serta bukan demi kebaikan negara.

Muhammad Sanusi telah mengancam prinsip kenegaraan, kestabilan politik dan sosial.

Rakyat Johor perlu menolak politikus yang bermain-main dengan isu kerabat diraja seperti Muhammad Sanusi.

Tak usah terpengaruh dengan hasutan Muhammad Sanusi yang tidak masuk akal.

Biarkan undi anda itu diletakkan kepada ahli politik yang mampu jaga kestabilan dan kemakmuran negara.

Comments

Popular posts from this blog

Syed Saddiq Hanya Tunggang Isu

Mahathir Hanya Pengkhianat Negara