Posts

Showing posts from September, 2026

Kadir Menulis Tanpa Fakta

Image
Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin baru sahaja menulis tentang 'padah feudalisme Melayu'. Kadir boleh meluahkan kemarahannya terhadap sebarang isu dalam negara ini. Namun, amarah itu bukan lesen untuk mengeluarkan penulisan secara cuai. Dalam 20 poin yang ditulis Kadir, peluru yang sepatutnya ditembak kepada golongan elit politik akhirnya terkena kaki sendiri. Fakta yang salah, kenyataan yang menghina orang Melayu dan penulisan yang cuba menghentam institusi diraja. Kadir menulis bahawa Najib mula menjalani hukuman pada 23 Ogos 2023. Hakikatnya, Najib masuk penjara Kajang pada 23 Ogos 2022. Kesalahan dalam isu yang diikuti seluruh negara menunjukkan Kadir menulis dengan penuh emosi amarah tanpa menyemak sebarang fakta. Kadir juga melonggokkan isu Felda, Tabung Haji dan 1MDB dengan Najib, seolah-olah semuanya sudah diputuskan bekas Perdana Menteri itu bersalah oleh mahkamah. Kemudian Kadir cuba mengukur kedudukan Najib dengan prestasi pilihan raya. Memang be...