Perak Rakus Jarah Hutan Simpan
Kerajaan Perak nampaknya 'bersiap-siaga' untuk melaksanakan penjarahan kawasan hutan secara besar-besaran tidak lama lagi. Kawasan hutan seluas 4,280 hektar bakal menjadi korban kepada kerakusan Kerajaan Perak. Lokasi tersebut yang terletak di Hutan Simpan Kledang Saiong akan dijadikan sebagai ladang hutan bermula tahun ini. Bayangkan kawasan berkeluasan kira-kira 5,994 padang bola sepak bakal dijarah oleh Kerajaan Perak. Paling membingungkan, kawasan itu merupakan hutan simpan yang sepatutnya dipelihara dan dipulihara oleh Kerajaan Perak. Sumber: https://www.facebook.com/doe.gov.my/posts/pfbid0qz4mEc57BKNsYd8PmnZ3BaA9f3HT9MXpYxmN4wCrr4X49Fs5nJvaXrxqvz4MQftjl Hutan tersebut menempatkan habitat terancam kritikal di bawah Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) iaitu 'helmeted hornbill' dan 'Asian brown tortoise'. Malahan, kawsan itu juga merupakan lokasi habitat bagi 11 lagi spesis terancam seperti Tapir Asia, Siamang serta...