Posts

Showing posts with the label Mukhriz Mahathir

Mahathir 'Lupa Ingatan' Pada Perbuatannya Sendiri

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini melontarkan sindiran terhadap pihak-pihak tertentu. Dia mendakwa ada individu yang mencuri berjuta-juta ringgit duit negara namun dilantik sebagai pemimpin berjawatan tinggi. Kenyataan Mahathir itu seolah-olah dia tidak sedar tentang perbuatan yang pernah dilakukan sebelum ini. Bukankah anak-anaknya juga menerima manfaat berupa projek bernilai berbilion ringgit daripada Mahathir ketika dia menjadi Perdana Menteri? Kalau hendak bercakap soal mencuri duit negara, rasanya anak-anak Mahathir lagi banyak menerima keuntungan kerana label mereka sebagai anak kepada seorang pemimpin utama di Malaysia. Anak-anak Mahathir sering mendapat keistimewaan kerana bapa mereka adalah Perdana Menteri sebelum ini. Bukan sekali tapi dua kali menjadi Perdana Menteri. Tidak pernah dalam sejarah Malaysia, seorang individu dipilih menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali. Namun, Mahathir menggunakan kedua-dua peluang itu untuk memberika...

Hubungan 'Daddykasi' Mukhriz-Mahathir

Image
Anak bekas Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Seri Mukhriz sebelum ini terpalit dengan skandal kontrak pembalakan di Sarawak. Mukhriz seperti biasa pasti akan menafikan dakwaan berkenaan kerana mahu menyelamatkan dirinya sendiri. Bukti bagaimanapun tersebar menerusi laporan portal Sarawak Report pada 2019. Soalnya mengapa Mukhriz mendapat tender berkenaan di Sarawak? Daripada senarai pemaju di Malaysia ini, namanya terpalit dalam kontroversi tersebut. Mukhriz malahan bukan sahaja dikaitkan dengan kontroversi berkenaan tetapi juga melibatkan tanah-tanah lain di Malaysia. Menurut surat tender yang ditularkan itu bertarikh Disember 1994, Mukhriz dikatakan mendapat kontrak pembalakan seluas 1,000 hektar. Difahamkan, satu ekar tanah bernilai RM1 juta pada ketika itu. Kalau dikira secara keseluruhannya, Mukhriz mengaut keuntungan sebanyak RM2.4 bilion daripada kontrak tersebut. Bagaimana Mukhriz boleh mendapat keistimewaan sebegitu dan mengapa dia mendapat kontrak itu? Jawapannya mudah, bap...

Keluarga Nepotisme Mahathir

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan amalan nepotisme tidak boleh dipisahkan sejak berdekad lamanya. Mahathir berkali-kali menafikan wujudnya amalan itu sepanjang dia memerintah negara, namun tiada siapa boleh sangkal jawatan dan kekayaan yang dimiliki oleh anak-anaknya pada hari ini. Mahathir mengatakan anak-anaknya bekerja keras dan tidak mengharapkan bantuan daripadanya untuk 'berjaya' tetapi agak mustahil kalau dilihat daripada jumlah syarikat serta nilai harta yang anak-anaknya miliki. Bukan mudah untuk memiliki ratusan syarikat dan berbilion ringgit. Hanya anak-anak Mahathir sahaja mampu mencapainya di negara ini. Jarang kita dengar anak-anak seorang Perdana Menteri memiliki 'keistimewaan' seperti anak-anak Mahathir. Bukan sahaja Mahathir cuba menafikan anak-anaknya sudah bergelar jutawan, malahan mahu mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang cuba ‘memfinah’ keluarganya. Bukti kekayaan dan kemewahan anak-anak Mahathir sudah banyak didedah...

Mahathir’s Final Legacies

Image
As the component parties of Perikatan Nasional and Pakatan Harapan attempt to work towards setting aside their own aspirations and differences to face GE15 – a constant remains, Mahathir and his party of hangers-on. This time, this may be the final attempt for the former PM to cement his standing in Malaysia’s history before he dies. The irony shines brighter than ever given the multiple mismanagement that happened during the reign of the 4th and 7th Prime Minister - where Malaysians saw assets and companies being stripped for the benefit of the few such as Tun Daim Zainuddin and his boys, culminating in an era of crony capitalism, with its ripple effects still being felt today. It is unfortunate that social media did not exist back then to form the proper check and balance against the government of the day, which controlled nearly all of the media outlets accessible to the public, but luckily for us and the younger Malaysians, we finally know the true nature of Tun Dr Mahathir. Tun Dr...

Kemewahan Anak-anak Mahathir

Image
Bukan sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad cuba menafikan anak-anaknya sudah bergelar jutawan, malahan mahu mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang cuba ‘memfinah’ keluarganya. Bukti kekayaan dan kemewahan anak-anak Mahathir sudah banyak didedahkan kepada umum. Mahathir perlu faham, zaman teknologi yang serba pesat ini, semua maklumat di hujung jari. Dengan hanya satu klik, segala maklumat boleh dikongsi dan dilihat oleh jutaan rakyat Malaysia. Mari kita senaraikan bentuk kekayaan anak-anak Mahathir. Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/08/03/prove-my-children-became-millionaires-while-i-was-pm-dr-m-tells-apandi/ Mukhriz didakwa memindahkan wang berjumlah RM13 juta ke akaun bank di Kanada ketika beliau menjadi Menteri Besar Kedah sebelum ini. Perkara itu didedahkan oleh Menteri Besar Kedah ketika ini, Muhammad Sanusi dan bukti tentang pemindahan wang itu masih disimpan. Meskipun Mukhriz menafikan perkara itu, namun pepatah menyebut, 'kalau tiada an...