Syed Saddiq Hanya Tunggang Isu


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini mengumumkan dia akan terlibat dalam jelajah bersama Perikatan Nasional (PN).

Syed Saddiq mendakwa penyertaannya dalam jelajah itu adalah sebagai kerjasama demi isu rakyat dan masa depan negara.

Rasa-rasanya, ramai dah menduga bahawa Syed Saddiq mengubah haluan untuk menyertai PN apabila gambarnya meraikan Tahun Baharu Cina bersama pemimpin gabungan parti itu tempoh hari.

Tapi bukankah Syed Saddiq mahu bergerak solo ketika keluar dari blok kerajaan tempoh hari?

Mengapa tiba-tiba mendekati PN? Adakah Syed Saddiq sudah 'mati akal' dan tahu tidak mampu untuk bergerak solo?
Kalau bersembang soal rakyat, Syed Saddiq juaranya. Tapi pandai cakap sahaja, tak tahu nak buat.

Syed Saddiq dakwa rasuah makin teruk. Siapa penyumbangnya?

Bukankah Syed Saddiq salah seorang penyumbang kes rasuah di negara ini? Jangan lupa, hukuman tujuh tahun penjara menanti.

Lain kali semak fakta dan baca berita sebelum lontar dakwaan. Indeks Persepsi Rasuah Malaysia telah naik kepada 50 mata pada 2023 berbanding 47 mata tahun sebelumnya.

Mana bukti Syed Saddiq kata rasuah di negara ini makin teruk? Jangan main cakap sembrono sahaja. Sedarlah anda juga salah seorang penyumbang kes rasuah.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/01/1206647/kedudukan-malaysia-dalam-indeks-rasuah-dunia-meningkat


Syed Saddiq dakwa rakyat tidak boleh melontarkan kritikan di bawah kerajaan ketika ini.

Dia mendakwa sebanyak lebih 4,000 kandungan media sosial mengkritik kerajaan diturunkan.

Sekali lagi, Syed Saddiq tidak semak fakta. Bagaimana Syed Saddiq menjadi ahli Parlimen kalau gagal menyemak sebarang fakta sebelum melontarkan dakwaan?

Untuk pengetahuan Syed Saddiq, kandungan yang diturunkan itu adalah kandungan berita palsu.

Syed Saddiq faham atau tidak apa impak berita palsu kepada rakyat?
Syed Saddiq dakwa ahli politik masih dapat pencen tapi penjawat awam dimansuhkan pencennya.

Bukankah reformasi tentang pencen dan pelarasan gaji penjawat awam telah diumumkan?

Dia mendakwa ahli politik peringkat negeri masih mendapat pencen. Itu semua atas bidang kuasa Menteri Besar/Ketua Menteri negeri masing-masing.

Namun, pemansuhan berlaku di peringkat Persekutuan.

Syed Saddiq kata ahli Parlimen peringkat Persekutuan masih dapat pencen kerana termaktub dengan Akta Ahli Parlimen Saraan 1980.

Perkara itu pun sudah dijelaskan dan sememangnya perlu pinda Akta termasuk Perlembagaan.

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/cadangan-mansuh-pencen-turut-terpakai-kepada-ahli-politik-pm-anwar-455611


Syed Saddiq politikus bersifat populis, hanya tahu tunggang isu tapi tidak mahu semak fakta.

Apa rasionalnya dia menyertai jelajah bersama PN? Kalau disuruh teka, dia hanya mahu kekal relevan sahaja.

Walhal, partinya sendiri tidak berminat menyertai jelajah itu. Tapi Syed Saddiq melangkaui partinya sendiri, seolah-olah dia masih berkuasa dalam parti berkenaan.

Bagaimana rakyat nak percaya kredibiliti politikus seperti Syed Saddiq? Bercakap, berdebat di Parlimen nampak hebat tapi isinya kosong.

Fokus sahaja isu rakyat di Muar. Buat kerja di kawasan sendiri sebelum sertai mana-mana jelajah.

Comments

Popular posts from this blog

Muhammad Sanusi Penghasut Politik

Mahathir Hanya Pengkhianat Negara