Posts

Kadir Menulis Tanpa Fakta

Image
Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin baru sahaja menulis tentang 'padah feudalisme Melayu'. Kadir boleh meluahkan kemarahannya terhadap sebarang isu dalam negara ini. Namun, amarah itu bukan lesen untuk mengeluarkan penulisan secara cuai. Dalam 20 poin yang ditulis Kadir, peluru yang sepatutnya ditembak kepada golongan elit politik akhirnya terkena kaki sendiri. Fakta yang salah, kenyataan yang menghina orang Melayu dan penulisan yang cuba menghentam institusi diraja. Kadir menulis bahawa Najib mula menjalani hukuman pada 23 Ogos 2023. Hakikatnya, Najib masuk penjara Kajang pada 23 Ogos 2022. Kesalahan dalam isu yang diikuti seluruh negara menunjukkan Kadir menulis dengan penuh emosi amarah tanpa menyemak sebarang fakta. Kadir juga melonggokkan isu Felda, Tabung Haji dan 1MDB dengan Najib, seolah-olah semuanya sudah diputuskan bekas Perdana Menteri itu bersalah oleh mahkamah. Kemudian Kadir cuba mengukur kedudukan Najib dengan prestasi pilihan raya. Memang be...

Mahathir 'Lupa Ingatan' Pada Perbuatannya Sendiri

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini melontarkan sindiran terhadap pihak-pihak tertentu. Dia mendakwa ada individu yang mencuri berjuta-juta ringgit duit negara namun dilantik sebagai pemimpin berjawatan tinggi. Kenyataan Mahathir itu seolah-olah dia tidak sedar tentang perbuatan yang pernah dilakukan sebelum ini. Bukankah anak-anaknya juga menerima manfaat berupa projek bernilai berbilion ringgit daripada Mahathir ketika dia menjadi Perdana Menteri? Kalau hendak bercakap soal mencuri duit negara, rasanya anak-anak Mahathir lagi banyak menerima keuntungan kerana label mereka sebagai anak kepada seorang pemimpin utama di Malaysia. Anak-anak Mahathir sering mendapat keistimewaan kerana bapa mereka adalah Perdana Menteri sebelum ini. Bukan sekali tapi dua kali menjadi Perdana Menteri. Tidak pernah dalam sejarah Malaysia, seorang individu dipilih menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali. Namun, Mahathir menggunakan kedua-dua peluang itu untuk memberika...

Pejuang, Bersatu Tidak Membawa Idea Baharu

Image
Parti Pejuang dan Bersatu merupakan dua parti yang memiliki konflik tersendiri. Kedua-dua parti itu kononnya lahir dengan semangat baharu untuk rakyat Malaysia. Namun hakikatnya, kedua-dua parti berkenaan semakin jelas membawa sebarang idea yang segar untuk rakyat Johor atau Malaysia. Malahan, Pejuang dan Bersatu mempunyai rekod yang penuh dengan kontroversi, retorik kosong serta kegagalan memalukan. Parti Pejuang yang ditubukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas Langkah Sheraton, mendakwa mereka membawa corak politik yang berintegriti. Namun selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), parti itu bukan sahaja gagal memenangi walau satu kerusi Parlimen, malah hilang kredibiliti sepenuhnya. Di Johor misalannya, Pejuang tidak pernah memberi sebarang sumbangan. Tiada pusat khidmat masyarakat, tiada program akar umbi dan tiada dasar konkrit yang disumbangkan oleh parti berkenaan. Sesuatu yang mereka kerap sumbangkan hanyalah kenyataan media penuh moral ti...

Muhyiddin Dalang Perpecahan Parti Melayu

Image
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerap terpalit dengan pelbagai episod drama politik sejak dia berada dalam UMNO. Rekod sejarahnya menunjukkan dia turut menjadi dalang utama kepada perpecahan parti yang melemahkan landskap politik Malaysia. Dari pemecatan daripada UMNO, penubuhan Bersatu, Langkah Sheraton sehinggalah krisis dalaman Beratu yang berterusan, Muhyiddin merupakan penyumbang kepada budaya lompat parti serta perpecahan politik yang kini menjadi norma. Muhyiddin lebih mengutamakan kepentingan peribadi berbanding memperjuangkan perpaduan Melayu dan kestabilan politik seperti yang dicanangkan sebelum ini. Muhyiddin pernah dipecat daripada UMNO pada 2016 kerana berbeza pandangan mengenai skandal 1MDB melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Tindakan Muhyiddin pada awalnya seolah-olah menunjukkan dia memiliki prinsip menentang skandal kewangan namun tindak-tanduknya selepas itu mempamerkan 'taring' sebenarnya. Penubuhan Bersatu pada...

Dari Awal MUDA Dipenuhi Kontroversi

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini memutuskan untuk tidak bertanding dalam pemilihan sulung parti MUDA kerana kes mahkamahnya masih berjalan. Dia mendakwa tidak mahu kes mahkamahnya menghalang MUDA daripada terus maju ke hadapan. Syed Saddiq turut mendakwa parti politik mestilah bersih dan kepimpinan perlulah suci tanpa sebarang cela. Namun, adakah MUDA bersih ketika di bawah kepimpinan Syed Saddiq sebelum ini? Kenyataan Syed Saddiq itu seolah-olah dia berada dalam khayalan sendiri bahawa partinya selama ini bersih daripada sebarang kontroversi. Tidak sampai dua tahun penubuhan parti, MUDA terpalit dengan kontroversi ahli-ahlinya dengan selamba menayangkan kegiatan mereka minum minuman beralkohol. Sehinggakan ada yang mempertikaikan sama ada pembelian arak berkenaan menggunakan duit kutipan awam bantuan banjir di Johor pada 2022. Syed Saddiq mendakwa ahli-ahli yang minum arak adalah mereka yang bukan beragama Islam. Namun, wajarkah foto-foto m...

Sekali Lagi Muhyiddin Terpalit Skandal Wang

Image
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini didakwa mencuri parti berkenaan dan menyimpannya di rumah. Dakwaan itu muncul selepas tersebarnya sebuah video klip memaparkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh Muhyiddin mencuri wang parti ketika pertemuan bersama Angkatan Anak Muda Bersatu (Armada) Johor sebelum itu. Video tersebut turut mendakwa Muhyiddin mahu menjadi Perdana Menteri kerana takut dipenjarakan. Ini bukan kali pertama Muhyiddin berdepan tuduhan berhubung skandal wang. Bak kata pepatah, kalau tiada angin, tak akan pokok bergoyang.  Muhyiddin sebelum ini berdepan tujuh pertuduhan merangkumi empat tuduhan salah guna kuasa dan tiga kes pengubahan wang haram ketika menjadi Perdana Menteri. Dia didakwa atas dua pertuduhan menerima dana RM195 juta, iaitu hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang. Muhyiddin turut didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Ber...

Mahathir Sorok Aset Di Luar Negara

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini menafikan dia memiliki aset di luar negara. Dia juga secara sinis meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan kepadanya tentang aset itu supaya Mahathir boleh menuntut aset itu dan mendermakannya kepada golongan miskin. Mahathir juga mendakwa siasatan tersebut bermotifkan politik. Namun, SPRM mengesahkan mereka sedang menyiasat aset bukan sahaja di United Kingdom (UK), malahan di Switzerland juga. SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2025/09/24/were-looking-at-switzerland-too-macc-says-on-dr-m-asset-probe Sebelum ini, wujud pembongkaran tentang akaun rahsia milik UMNO yang tidak diaudit dan wujud sejak 1988. Pada masa itu, Mahathir adalah Presiden UMO dan dia adalah individu yang sepatutnya tahu kewujudan akaun berkenaan. Dikatakan dana dalam akaun rahsia tersebut berjumlah antara RM500 bilion sehingga RM3 trilion. Tidak mustahil untuk mengatakan sejumlah wang itu dipindahkan ke bank...