Syed Saddiq 'Si Hipokrit' Yang Sebenar


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini mendakwa parti DAP tidak berjuang untuk masa depan Malaysia.

Dia juga mendakwa DAP gagal menyuarakan kritikan terhadap isu rasuah di negara ini.

Syed Saddiq turut mendakwa kerajaan ketika ini tiada prinsip dan rasa malu. Ayat sama yang diulanginya pada tahun lalu ketika berbalah dengan Naib Presiden DAP, Nga Kor Ming.

Sebelum ini, Syed Saddiq juga mendakwa DAP adalah anjing suruhan Barisan Nasional (BN) selepas dia mengesahkan keluar daripada pakatan kerajaan tahun lalu.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2023/09/07/syed-saddiq-tuduh-dap-tiada-prinsip-gila-kuasa/


Dakwaan demi dakwaan Syed Saddiq terhadap DAP menunjukkan dia langsung tidak mengenang jasa parti itu kepada dirinya.

Syed Saddiq lupa siapakah yang membantu memenangi kerusi Parlimen di Muar?

Jika bukan kerana DAP, Syed Saddiq sehingga kini tidak akan bergelar ahli Parlimen Muar.

Syed Saddiq lupa siapakah yang memberi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa kepada parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)?

DAP sanggup memberikan enam kerusi DUN kepada MUDA termasuk Puteri Wangsa ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac 2022.

Tapi apa balasan Syed Saddiq kepada DAP? Tiada. Hanya tohmahan dilontarkan kepada DAP.

Syed Saddiq sememangnya tidak mengenang budi dan lupa daratan.

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/278258/berita/politik/syed-saddiq-menang-di-muar-dengan-sokongan-dap-ph---anthony-loke


Syed Saddiq mendakwa DAP adalah anjing suruhan BN kerana 'membenarkan' penyalahgunaan kuasa dalam kerajaan.

Kalau benar dakwaan Syed Saddiq, parti mana yang menyokong dia dan MUDA dalam pilihan raya selama ini?

Syed Saddiq tuduh DAP hipokrit? Tapi siapa yang sebenarnya lebih hipokrit?

Acah-acah berlagak seperti hero rakyat dalam soal pembinaan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) di Muar.

Walhal dia tidak melakukan sebarang kerja sehinggakan projek itu terbengkalai yang memaksa Menteri Besar Johor campur tangan.

Justeru, siapa yang lebih hipokrit sebenarnya?

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/03/16/projek-tmiyc-pulih-selepas-amaran-mb-johor-bukan-pemantauan-ahli-parlimen-muar-kata-menteri/


Syed Saddiq mengatakan isu agama dan perkauman meningkatkan jurang antara komuniti di negara ini.

Tiba-tiba mahu bercakap soal agama dan perkauman? Di mana Syed Saddiq apabila isu agama dan perkauman berlaku di negara ini?

Tidak nampak Syed Saddiq mengeluarkan sebarang kenyataan ketika isu stoking dan kasut yang tertera kalimah Allah.

Tidak perlu sebut tentang isu agama dan perkauman apabila dia sendiri berdiam diri ketika perkara itu berlaku di hadapan mata.

Namun isu lain terutamanya melibatkan musuh politik, Syed Saddiq paling ke hadapan membidas sana sini.



Perjuangan politik Syed Saddiq sebagai wakil rakyat juga tidak menentu, jangan hanya pandai menuduh DAP sahaja.

Lebih baik Syed Saddiq tetapkan dahulu pendirian politiknya sebelum membidas pihak lain.

Kalau sekadar mahu menjadi ahli politik populis dan hipokrit, lebih baik serahkan semula kerusi Parlimen Muar kepada DAP.

Syed Saddiq kena sedar diri, tanpa sokongan pihak lain, dia tidak akan berada di tahap sekarang.

Jangan tuduh pihak lain tidak fikirkan masa depan negara. Syed Saddiq sendiri terlibat skandal wang, guna duit kempen rakyat dan populis semata-mata.

Itukah perjuangan masa depan yang digembar-gembur oleh Syed Saddiq?

Comments

Popular posts from this blog

Muhammad Sanusi Penghasut Politik

Syed Saddiq Hanya Tunggang Isu

Mahathir Hanya Pengkhianat Negara