Hubungan 'Daddykasi' Mukhriz-Mahathir


Anak bekas Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Seri Mukhriz sebelum ini terpalit dengan skandal kontrak pembalakan di Sarawak.

Mukhriz seperti biasa pasti akan menafikan dakwaan berkenaan kerana mahu menyelamatkan dirinya sendiri.

Bukti bagaimanapun tersebar menerusi laporan portal Sarawak Report pada 2019.

Soalnya mengapa Mukhriz mendapat tender berkenaan di Sarawak? Daripada senarai pemaju di Malaysia ini, namanya terpalit dalam kontroversi tersebut.

Mukhriz malahan bukan sahaja dikaitkan dengan kontroversi berkenaan tetapi juga melibatkan tanah-tanah lain di Malaysia.

Menurut surat tender yang ditularkan itu bertarikh Disember 1994, Mukhriz dikatakan mendapat kontrak pembalakan seluas 1,000 hektar.

Difahamkan, satu ekar tanah bernilai RM1 juta pada ketika itu. Kalau dikira secara keseluruhannya, Mukhriz mengaut keuntungan sebanyak RM2.4 bilion daripada kontrak tersebut.

Bagaimana Mukhriz boleh mendapat keistimewaan sebegitu dan mengapa dia mendapat kontrak itu?

Jawapannya mudah, bapanya iaitu Mahathir ketika itu adalah Perdana Menteri. Maka tidak hairan mengapa Mukhriz boleh mendapat kontrak semewah itu.

Mukhriz berselindung di sebalik syarikat dikenali sebagai Tanjung Tiara Sdn Bhd dan dia merupakan pengerus serta pemegang saham syarikat berkenaan pada ketika itu.

Senang betul Mukhriz 'sailang' projek. Guna nama bapa sahaja, terus dapat kontrak satu Malaysia.

Soal 'daddykasi' antara Mahathir dan Mukhriz sudah lama dihidu orang ramai. Kalau tidak, bagaimana Mukhriz boleh menjadi Menteri Besar sebanyak dua kali di bawah Mahathir?

Bukan sahaja kaut keuntungan di Sarawak, Mukhriz buat kerja kotornya di Kedah juga.

Habis tanah Kedah turut dijual kepada pihak luar untuk memenuhkan poketnya sendiri.

Pada 2018, Mukhriz menjual sebidang tanah Kedah seluas 320 hektar kepada sebuah syarikat China.

Sebab itu, Mahathir rela Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah, senang mereka berdua nak menyakau duit dan aset negara.

Sepucuk surat rasmi daripada Kementerian Kewangan bertarikh 7 Oktober 2003 yang dikeluarkan kepada Opcom Holdings Berhad, tular pada tahun lalu.

Ramai sudah tahu, Opcom Holdings Berhad dimiliki oleh Mukhriz serta isterinya dan Mokhzani.

Mahathir memberikan kontrak pembekalan fiber optik bernilai RM214.2 juta secara rundingan terus oleh Telekom Malaysia kepada Opcom Holdings Berhad sebelum meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.

Hanya selepas empat hari Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kedua pada 2018, Opcom Holdings Berhad iaitu sebuah syarikat yang terlibat dalam pembuatan dan penjualan kabel gentian optik serta produk berkaitan kabel di Malaysia, telah dianugerahkan kontrak sebanyak RM11.16 juta oleh Telekom Malaysia.

Saham Opcom naik 18.5 sen atau 41.11% menjadi 63.5 sen dalam tempoh sehari ketika itu.

Situasi tersebut dilihat sangat aneh memandangkan kerajaan Mahathir baru sahaja meluluskan Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bernilai RM21.6 bilion.

Hubungan 'daddykasi' antara Mahathir dan Mukhriz tidak boleh disangkal lagi, malah 'jalinan kerjasama' mereka menyebabkan rakyat kian mundur tapi mereka bergelak tawa hasil duit sakau.

Mahathir sebelum ini bertegas tidak membantu anak-anaknya untuk berjaya.

Tapi berdasarkan bukti-bukti ini, Mahathir masih mahu menafikan lagi?

Hasil kerja keras kononnya. Sedangkan apa sahaja kontrak, disuapnya kepada Mukhriz. Senang duit masuk dalam poket keluarga mereka sahaja.

Dah kaya, bertambah lagi kaya. Rakyat pula dibiarkan mundur, miskin. Apa sahaja yang keluar dari mulut Mahathir atau anak-anaknya tidak boleh percaya.

Mereka ini anasir dalam negara yang hanya tahu mengaut duit rakyat serta negara. Sebab itu, mereka tidak pernah puas mengejar jawatan untuk kembali berkuasa.

Comments

Popular posts from this blog

Muhammad Sanusi Penghasut Politik

Syed Saddiq Hanya Tunggang Isu

Mahathir Hanya Pengkhianat Negara