Posts

Showing posts from July, 2026

Pejuang, Bersatu Tidak Membawa Idea Baharu

Image
Parti Pejuang dan Bersatu merupakan dua parti yang memiliki konflik tersendiri. Kedua-dua parti itu kononnya lahir dengan semangat baharu untuk rakyat Malaysia. Namun hakikatnya, kedua-dua parti berkenaan semakin jelas membawa sebarang idea yang segar untuk rakyat Johor atau Malaysia. Malahan, Pejuang dan Bersatu mempunyai rekod yang penuh dengan kontroversi, retorik kosong serta kegagalan memalukan. Parti Pejuang yang ditubukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas Langkah Sheraton, mendakwa mereka membawa corak politik yang berintegriti. Namun selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), parti itu bukan sahaja gagal memenangi walau satu kerusi Parlimen, malah hilang kredibiliti sepenuhnya. Di Johor misalannya, Pejuang tidak pernah memberi sebarang sumbangan. Tiada pusat khidmat masyarakat, tiada program akar umbi dan tiada dasar konkrit yang disumbangkan oleh parti berkenaan. Sesuatu yang mereka kerap sumbangkan hanyalah kenyataan media penuh moral ti...