Posts

Showing posts with the label PEJUANG

Pejuang, Bersatu Tidak Membawa Idea Baharu

Image
Parti Pejuang dan Bersatu merupakan dua parti yang memiliki konflik tersendiri. Kedua-dua parti itu kononnya lahir dengan semangat baharu untuk rakyat Malaysia. Namun hakikatnya, kedua-dua parti berkenaan semakin jelas membawa sebarang idea yang segar untuk rakyat Johor atau Malaysia. Malahan, Pejuang dan Bersatu mempunyai rekod yang penuh dengan kontroversi, retorik kosong serta kegagalan memalukan. Parti Pejuang yang ditubukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas Langkah Sheraton, mendakwa mereka membawa corak politik yang berintegriti. Namun selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), parti itu bukan sahaja gagal memenangi walau satu kerusi Parlimen, malah hilang kredibiliti sepenuhnya. Di Johor misalannya, Pejuang tidak pernah memberi sebarang sumbangan. Tiada pusat khidmat masyarakat, tiada program akar umbi dan tiada dasar konkrit yang disumbangkan oleh parti berkenaan. Sesuatu yang mereka kerap sumbangkan hanyalah kenyataan media penuh moral ti...

Apa Nasib Pejuang Selepas Kekalahan Mahathir?

Image
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mewakili Pejuang kalah teruk di Langkawi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan hilang wang deposit. Beliau hanya mendapat 4,566 undi berbanding calon Perikatan Nasional, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dengan 25,463 undi. Mahathir gagal mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU-14 dan merupakan kekalahan pertamanya dalam tempoh 53 tahun. Mahathir kian hilang sokongan daripada rakyat dan kekalahan teruk itu membuktikan fakta berkenaan. Mahathir tidak seperti dahulu dan auranya semakin hilang dalam kalangan pengundi. Namun, apa yang bakal berlaku kepada partinya, Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) selepas ini? Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/232324/berita/politik/tun-mahathir-tewas-di-langkawi PEJUANG akan terus tersisih daripada 'pandangan' rakyat. Selepas kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan PRU-15, tiada siapa memandang serius kepada parti berkenaan. Meskipun menampilkan calon sele...