Muar Dilanda Banjir, Syed Saddiq Sibuk Berdemonstrasi
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 24 September turun berdemonstrasi di Kuala Lumpur untuk menyatakan bantahan tentang cadangan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) pada musim tengkujuh.
Syed Saddiq dengan bersemangat cuba membela nasib mangsa banjir.
Namun, Syed Saddiq agaknya lupa bahawa kawasan Parlimennya iaitu Muar turut dilanda banjir ketika ini.
Syed Saddiq juga sempat memuat naik gambarnya menyertai acara larian di media sosialnya, walhal laporan media menyebut dua kawasan di Muar terjejas akibat ribut.
Sepatutnya Syed Saddiq pada ketika ini sudah turun padang, menghulurkan bantuan segera kepada mangsa banjir di Muar.
Kerahkan sekali sukarelawan parti MUDA, barulah nampak fungsi parti itu.
Itu yang sewajarnya dilakukan oleh Syed Saddiq sebagai wakil rakyat. Adakah berdemonstrasi dan menyertai acara larian lebih penting daripada kebajikan rakyat di kawasan Parlimen sendiri?
Kalau mahu membela nasib mangsa banjir, mulakan dahulu di Muar.
Sumber: https://www.thestar.com.my/news/nation/2022/09/25/floods-hit-johor-strong-winds-blow-roofs-off-houses-in-pontian-and-muar
https://twitter.com/syedsaddiq/status/1573820556671000577?s=46&t=fDCRrNiNsxjTPyGigyIPEg
Ini bukan kali pertama Syed Saddiq buat hal ketika Muar dilanda banjir.
Awal tahun ini, Syed Saddiq sibuk 'mempromosikan diri sendiri' di konti radio bersama Jake Abdullah untuk membincangkan perkara yang tiada kepentingan langsung.
Malahan, sempat lagi berseloka seolah-olah nasib mangsa banjir tidak dipedulikan langsung.
Ketika Syed Saddiq sedang bergembira di konti radio, ribuan penduduk Muar terpaksa menanggung duka kerana kehilangan tempat tinggal mereka.
Itukah sifat seorang pemimpin rakyat yang kononnya berlagak menjadi hero? Mungkin Syed Saddiq sebenarnya lebih sukakan publisiti daripada membantu rakyat.
Sumber: https://twitter.com/jakeabdullah/status/1478536592008437762
Syed Saddiq sebenarnya tidak langsung mempedulikan nasib penduduk Muar. Janji lama yang ditabur kepada penduduk Muar juga hanya tinggal janji.
Janji untuk membina 1,000 buah rumah di Muar misalannya, tidak dilaksanakan.
Bayang tiang rumah pun tidak kelihatan. Sebelum jadi wakil rakyat, siap buat video tabur janji manis di media sosial.
Selepas diberikan peluang untuk menjadi wakil rakyat dan menteri, lain pula ceritanya.
Terlibat pula kes penyelewengan dan rasuah. Maksudnya di sini, Syed Saddiq sebenarnya tiada beza dengan politikus yang hanya tahu mengeluarkan kenyataan berbentuk populis semata-mata.
Syed Saddiq mana layan isu-isu tidak kontroversi. Dia lebih suka tayang wajahnya untuk popular berbanding memikirkan cara untuk membangunkan Muar.
Sumber: https://stg.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/03/syed-saddiq-janji-bina-1000-rumah-mampu-milik-di-muar/
Syed Saddiq juga sebelum ini kerap memuat naik hantaran yang menunjukkan dia sahaja yang menolong rakyat Muar, walhal bantuan sudah disalurkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Muar kepada Kompleks Penghulu Mukim di daerah Muar.
Mungkin ini adalah cara Syed Saddiq untuk mengambil kesempatan dalam meraih populariti diri sendiri, dengan menggunakan kesusahan yang dialami oleh warga kurang mampu di Muar.
Memang benar tugas Ahli Parlimen merangkumi pemberian bantuan kepada warga susah setempat, namun Syed Saddiq seolah-seolah terdesak mahu menjadikan isu itu untuk meraih populariti murahan.
Sudah tentu rakyat yang dibantu juga berasa malu jika mereka menjadi sebahagian daripada bahan tular Syed Saddiq.
Mereka juga mempunyai maruah yang perlu dijaga, adakah Syed Saddiq begitu mementingkan diri sendiri sehinggakan dia sanggup untuk mempergunakan golongan yang sedang mengalami kesusahan?
Sumber: https://twitter.com/SyedSaddiq/status/1399313490326679561
Tuntasnya, Syed Saddiq lebih berminat untuk menonjolkan dirinya dalam pelbagai isu sensasi namun tidak mengambil peduli sekiranya isu itu tidak memberi lonjakan populariti kepada dia.
Sebab itu, Syed Saddiq langsung tidak peduli nasib penduduk Muar. Syed Saddiq hanya memunculkan diri apabila mahu menampakkan seolah-olah dia adalah pemimpin berjiwa rakyat.
Maaflah Syed Saddiq. Rakyat Muar rasanya sudah masak dengan perangai anda.
Anda boleh terkinja-kinja di muzik video atau laung kata-kata bantahan terhadap kerajaan, tapi anda gagal untuk menyantuni masalah rakyat yang sememangnya menjadi tanggungjawab anda sebagai Ahli Parlimen.

Comments
Post a Comment