Muhyiddin Semakin Tidak Relevan
Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November lalu sepatutnya menjadi medan Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan dia masih mempunyai pengaruh dalam politik negara. Namun, keputusan pilihan raya itu sebaliknya mendedahkan kelemahan parti yang dipimpinnya sendiri. Perikatan Nasional (PN) memperoleh tiga kerusi. Lebih memalukan, Bersatu gagal memenangi satu pun daripada tujuh kerusi yang ditandinginya. Muhyiddin pernah menjadi Perdana Menteri dan wajah utama PN. Tetapi, di Melaka, nama besarnya langsung tidak mampu menghadiahkan satu kerusi pun kepada Bersatu. Muhyiddin terpaksa berdepan kenyataan pahit bahawa pengaruhnya tidak lagi sehebat yang sering digambarkan. SUMBER: https://www.sinardaily.my/article/743569/focus/politics/bersatu-suffers-total-defeat-in-melaka-political-survival-in-question Kekalahan Bersatu di ketujuh-tujuh kerusi merupakan tamparan hebat terhadap kepimpinan Muhyiddin. Reputasi sebagai bekas Perdana Menteri ternyata belum cukup untuk meyakinkan pe...