Muhyiddin Dalang Perpecahan Parti Melayu
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerap terpalit dengan pelbagai episod drama politik sejak dia berada dalam UMNO.
Rekod sejarahnya menunjukkan dia turut menjadi dalang utama kepada perpecahan parti yang melemahkan landskap politik Malaysia.
Dari pemecatan daripada UMNO, penubuhan Bersatu, Langkah Sheraton sehinggalah krisis dalaman Beratu yang berterusan, Muhyiddin merupakan penyumbang kepada budaya lompat parti serta perpecahan politik yang kini menjadi norma.
Muhyiddin lebih mengutamakan kepentingan peribadi berbanding memperjuangkan perpaduan Melayu dan kestabilan politik seperti yang dicanangkan sebelum ini.
Muhyiddin pernah dipecat daripada UMNO pada 2016 kerana berbeza pandangan mengenai skandal 1MDB melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tindakan Muhyiddin pada awalnya seolah-olah menunjukkan dia memiliki prinsip menentang skandal kewangan namun tindak-tanduknya selepas itu mempamerkan 'taring' sebenarnya.
Penubuhan Bersatu pada 2016 dilihat sebagai satu bentuk perjuangan untuk menumbangkan kerajaan ketika itu namun Langkah Sheraton mengubah segala-galanya.
Muhyiddin menjadi dalang kepada Langkah Sheraton untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Langkah Sheraton merupakan langkah 'pengecut' daripada Muhyiddin dan sekutunya untuk merampas kuasa kerajaan.
Muhyiddin seolah-olah tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri sejak menentang Najib pada 2016.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/754609
Selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 2022, Bersatu di bawah pimpinan Muhyiddin terus dilanda krisis dalaman.
Pertelingkahan antara Muhyiddin dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin semakin memuncak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Hamzah dianggap sebagai ancaman kepada kepimpinan Muhyiddin.
Pada akhir tahun lalu, Muhyiddin menggantung dan memecat beberapa individu yang dianggap sebagai penyokong Hamzah.
Antara nama yang dipecat adalah Wan Saiful Wan Jan, Wan Ahmad Fayhsal, Saifuddin Abdullah dan beberapa lagi individu.
Hamzah sendiri turut disingkirkan daripada jawatan Timbalan Presiden Bersatu tahun ini.
Muhyiddin juga pernah tidak berpuas hati dengan keputusan bekas Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengesahkan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri selepas PRU-15.
Dia seolah-olah mencabar kuasa yang dimiliki oleh YDPA untuk melantik seorang Perdana Menteri.
Muhyiddin mendakwa Perikatan Nasional (PN) memiliki majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan ketika itu.
Muhyiddin seharusnya lebih cakna tentang kuasa Raja-Raja Melayu dalam melantik Perdana Menteri.
YDPA memerlukan nasihat orang yang berwibawa seperti Majlis Raja-Raja supaya Baginda menjalankan tugas mengikut ketetapan dan berperlembagaan, terutamanya dalam soal melantik Perdana Menteri.
Selain itu, YDPA adalah sebahagian daripada Majlis Raja-raja.
Keputusan YDPA bukan tertakluk kepada keputusan Majlis Raja-Raja kerana dalam memilih dan melantik Perdana Menteri, perkara itu adalah tugas baginda seperti termaktub dalam Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan YDPA merupakan refleksi kepada kehendak Raja-raja Melayu secara keseluruhannya.
Imej Muhyiddin yang disangka baik sebelum Langkah Sheraton sebenarnya adalah palsu.
Muhyiddin lebih mengutamakan kepentingan peribadi daripada memperjuangkan perpaduan Melayu.
Dia merupakan punca dan dalang perpecahan politik Melayu sejak 2016.
Justeru, Muhyiddin tidak layak diangkat sebagai pemimpin untuk mengemudi negara ini.
Comments
Post a Comment