Sekali Lagi Muhyiddin Terpalit Skandal Wang
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini didakwa mencuri parti berkenaan dan menyimpannya di rumah.
Dakwaan itu muncul selepas tersebarnya sebuah video klip memaparkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh Muhyiddin mencuri wang parti ketika pertemuan bersama Angkatan Anak Muda Bersatu (Armada) Johor sebelum itu.
Video tersebut turut mendakwa Muhyiddin mahu menjadi Perdana Menteri kerana takut dipenjarakan.
Ini bukan kali pertama Muhyiddin berdepan tuduhan berhubung skandal wang.
Bak kata pepatah, kalau tiada angin, tak akan pokok bergoyang.
Muhyiddin sebelum ini berdepan tujuh pertuduhan merangkumi empat tuduhan salah guna kuasa dan tiga kes pengubahan wang haram ketika menjadi Perdana Menteri.
Dia didakwa atas dua pertuduhan menerima dana RM195 juta, iaitu hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang.
Muhyiddin turut didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Bersatu untuk mendapatkan RM200 juta sebagai rasuah daripada Bukhary Equity Sdn Bhd.
Dia juga didakwa melakukan kesalahan meminta RM32.5 juta daripada Nepturis Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd dan Azman Yusoff, sebagai rasuah untuk Bersatu.
Muhyiddin turut berdepan pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM5 juta dana daripada Bukhary Equity Sdn Bhd.
SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1349988/tujuh-tuduhan-jenayah-dihadapi-muhyiddin-dibicarakan-bersama
Bukan itu sahaja, nama Muhyiddin pernah dikaitkan dengan kes membabitkan projek Pakej Rangsangan Ekonomi.
Perkara itu terdedah selepas seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat swasta ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2023.
Individu itu yang dikenali sebagai Adam Radlan, dikatakan menjadi orang tengah dalam pengagihan projek kerajaan PN bawah Pakej Rangsangan Ekonomi.
Adam bersama-sama beberapa individu lain menjadi dalang kepada beberapa syarikat untuk memperoleh projek bernilai antara RM50 juta hingga RM500 juta secara runding terus.
Adam juga didakwa menerima rasuah bagi menghubungkan antara kontraktor dan pihak atasan tertentu, iaitu individu-individu tertentu yang berada di dalam PN.
Adam terima komisen kira-kira 3 hingga 5 peratus daripada RM92.5 bilion. Jumlah komisennya bukan sedikit.
Sebenarnya, Adam ini bukan sebarangan orangnya. Dia merupakan sepupu kepada Adlan Berhan.
Siapa pula Adlan Berhan? Adlan pula menantu kepada Muhyiddin.
SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/01/06/ceo-disyaki-dalang-agih-projek-runding-terus-kerajaan-pn-rm92-5-bilion-direman/
Bukan sahaja skandal wang, Muhyiddin kerap kali bermain api dengan isu berkaitan 3R (kaum, agama, raja).
Muhyiddin mendakwa bekas Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak menjemput dia untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2022.
Ketika itu, Muhyiddin mendakwa dia sudah meraih majoriti sokongan untuk melayakkannya dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.
Kenyataan sedemikian mendapat respons daripada pelbagai pihak yang mengatakan Muhyiddin tidak menghormati tugas seorang YDPA dan sengaja menyebarkan kebencian kepada institusi diraja.
Namun itu bukan kali pertama Muhyiddin mengeluarkan kenyataan yang berbentuk 3R.
Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kulai 2023, Muhyiddin menggunakan agama sebagai fatwa politik.
Muhyiddin mendakwa 'haram' untuk mengundi calon Pakatan Harapan (PH) PRK Pulai, Suhaizan Kayat.
Dalil mana Muhyiddin berpandukan sehingga begitu yakin menyebut undian politik ini adalah haram?
Tiada mufti mengatakan haram, mengapa Muhyiddin pula mahu menjatuhkan hukum 'haram' sesuka hati?
SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/09/1148346/muhyiddin-kini-disiasat-bukit-aman-kerana-fatwa-politik-kpn
Dakwaan penyalahgunaan wang bukan benda baharu buat Muhyiddin.
Terlalu banyak skandal wang yang dikaitkan dengan dirinya.
Muhyiddin patut menerima desakan ahli-ahli Bersatu untuk meletakkan jawatan sebagai presiden parti itu.
Makin buruk nama Bersatu selagi Muhyiddin terus kekal sebagai presiden.
Presiden perlu jadi contoh dan teladan baik untuk ahli-ahli bawahan, namun Muhyiddin gagal menunjukkan sisi sebagai seorang ketua yang bagus.
Comments
Post a Comment