Pejuang, Bersatu Tidak Membawa Idea Baharu
Parti Pejuang dan Bersatu merupakan dua parti yang memiliki konflik tersendiri.
Kedua-dua parti itu kononnya lahir dengan semangat baharu untuk rakyat Malaysia.
Namun hakikatnya, kedua-dua parti berkenaan semakin jelas membawa sebarang idea yang segar untuk rakyat Johor atau Malaysia.
Malahan, Pejuang dan Bersatu mempunyai rekod yang penuh dengan kontroversi, retorik kosong serta kegagalan memalukan.
Parti Pejuang yang ditubukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas Langkah Sheraton, mendakwa mereka membawa corak politik yang berintegriti.
Namun selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), parti itu bukan sahaja gagal memenangi walau satu kerusi Parlimen, malah hilang kredibiliti sepenuhnya.
Di Johor misalannya, Pejuang tidak pernah memberi sebarang sumbangan.
Tiada pusat khidmat masyarakat, tiada program akar umbi dan tiada dasar konkrit yang disumbangkan oleh parti berkenaan.
Sesuatu yang mereka kerap sumbangkan hanyalah kenyataan media penuh moral tinggi tetapi tiada sebarang tindakan.
Pejuang turut berani mendakwa Johor memerlukan kepimpinan integriti, sedangkan mereka sendiri tidak pernah menunjukkan contoh kepimpinan yang berkesan.
Rakyat Johor sudah muak dengan slogan tanpa isi dan Pejuang menjadi simbol kegagalan politik lama yang cuba dihidupkan semula.
Bersatu pula tidak kurang 'hebatnya' dalam melakar kegagalan tersendiri.
Parti itu lahir daripada perpecahan UMNO namun akhirnya menjadi punca ketidakstabilan politik negara.
Langkah Sheraton yang mereka dalangi pada 2020 menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH), sekali gus mencetuskan era politik yang tidak stabil dengan pertukaran Perdana Menteri terlalu kerap.
Di Johor, parti itu hanya mampu bergantung dengan kerjasama mereka bersama PAS untuk terus hidup.
Pada peringkat nasional, Bersatu cuba menonjolkan diri sebagai pembela kaum Melayu namun di Johor, retorik berkenaan tidak laku.
Pengundi bandar dan generasi muda mahukan satu dasar yang konkrit, bukannya bersembang tentang isu perkauman.
Bersatu gagal menawarkan pelan ekonomi yang jelas, gagal menyelesaikan isu penting seperti banjir, kos sara hidup selain tidak berupaya membuktikan mereka lebih baik daripada parti lain.
Akhirnya, rakyat melihat Bersatu sebagai parti yang hanya oportunis.
Rakyat Johor juga tidak bagaimana Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan berbentuk 3R (agama, kaum dan raja) sebelum ini.
Sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) Kulai pada 2023, Muhyiddin menggunakan agama sebagai fatwa politik.
Muhyiddin mendakwa 'haram' untuk mengundi calon Pakatan Harapan (PH) PRK Pulai, Suhaizan Kayat.
Dalil mana Muhyiddin berpandukan sehingga begitu yakin menyebut undian politik ini adalah haram?
Tiada mufti mengatakan haram, mengapa Muhyiddin pula mahu menjatuhkan hukum 'haram' sesuka hati?
PN sebelum ini tidak mahu menggunakan isu 3R dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023.
Namun pendirian itu makin lama, makin berubah kerana Muhyiddin seolah-olah kering modal untuk memburukkan pihak lain.
Rakyat Johor sebenarnya semakin matang.
Mereka tidak lagi terpedaya dengan slogan kosong.
Mereka mahukan kepimpinan yang berakar umbi, yang turun padang, menyelesaikan masalah banjir, kos sara hidup, perumahan dan peluang pekerjaan.
Pejuang dan Bersatu gagal memenuhi keperluan tersebut.
Mereka lebih sibuk berpolitik di media sosial, lebih sibuk berkonflik sesama sendiri, lebih sibuk mempertahankan imej daripada menyelesaikan masalah rakyat.
Kedua-dua parti itu mendakwa membawa perubahan namun sebenarnya tidak memberi sebarang sumbangan langsung kepada Johor serta Malaysia.
Comments
Post a Comment