Muhyiddin Perlu Berhenti Main Isu 3R


Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mencetuskan kontroversi berkaitan 3R (kaum, agama, raja) ketika ucapan sewaktu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Neggiri baru-baru ini.

Muhyiddin mendakwa bekas Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak menjemput dia untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2022.

Ketika itu, Muhyiddin mendakwa dia sudah meraih majoriti sokongan untuk melayakkannya dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Namun dakwaan Muhyiddin mendapat respons Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang menegaskan kenyataan itu telah meremehkan tugas YDPA dan berniat untuk menyebarkan kebencian kepada rakyat.

Tengku Mahkota Pahang juga mengatakan kenyataan itu bersifat pra-matang dan membuktikan Muhyiddin tidak layak menjadi Perdana Menteri.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2024/08/19/pahangs-tengku-hassanal-calls-for-firm-action-over-muhyiddins-nenggiri-speech/

Ini bukan kali pertama Muhyiddin mengeluarkan kenyataan yang berbentuk 3R.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kulai tahun lalu, Muhyiddin menggunakan agama sebagai fatwa politik.
Muhyiddin mendakwa 'haram' untuk mengundi calon Pakatan Harapan (PH) PRK Pulai, Suhaizan Kayat.

Dalil mana Muhyiddin berpandukan sehingga begitu yakin menyebut undian politik ini adalah haram?

Tiada mufti mengatakan haram, mengapa Muhyiddin pula mahu menjatuhkan hukum 'haram' sesuka hati?

PN sebelum ini tidak mahu menggunakan isu 3R (agama, kaum dan raja) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.

Namun pendirian itu makin lama, makin berubah kerana Muhyiddin seolah-olah kering modal untuk memburukkan pihak lain.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/09/1148346/muhyiddin-kini-disiasat-bukit-aman-kerana-fatwa-politik-kpn

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1094089/pn-tolak-isu-3r-jadi-modal-kempen-prn

Muhyiddin perlu jelas tentang Perlembagaan Persekutuan dan bukan sewenang-wenangnya cuba mempersoalkan keputusan YDPA.

Perlembagaan Persekutuan adalah jelas berhubung pelantikan Perdana Menteri iaitu seorang ahli Dewan Rakyat yang pada pertimbangan YDPA mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu.

Dalam situasi sesuatu gabungan parti politik mempunyai majoriti yang jelas iaitu mempunyai sekurang-kurangnya 112 kerusi, soal pertimbangan YDPA tentang pihak yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat tidak pernah berbangkit.

Namun, kuasa YDPA selalunya hanya akan dilaksanakan dalam keadaan apabila tiada gabungan parti politik mempunyai majoriti yang jelas seperti keadaan yang berlaku selepas Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum ini.

Maka, tidak wajar Muhyiddin meremehkan tugas YDPA dalam ceramahnya baru-baru ini.

Sumber: https://www.kosmo.com.my/2022/12/07/muhyiddin-perlu-move-on-jangan-jadikan-istana-bahan-politik/

Muhyiddin sehingga hari ini seolah-olah seperti cacing kepanasan selepas tidak dilantik sebagai Perdana Menteri buat kali kedua.

Dia berulang kali menyatakan sudah mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen.

Muhyiddin juga mendakwa kesemua dokumen sokongan sudah diserahkan kepada Istana Negara meskipun dinafikan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Namun YDPA menolak dakwaan berkenaan dan bertitah bahawa tiada sebarang dokumen diterima oleh pihak Istana.

YDPA juga mencadangkan kerajaan perpaduan yang dibentuk bersama semua parti namun ditolak mentah-mentah oleh Muhyiddin.

Muhyiddin sendiri memilih jalan sukar dan mahu menjadi pembangkang tetapi mengikut gayanya, dia masih tidak berpuas hati.

Kalau Muhyiddin ingin menjadi Perdana Menteri, buktitkan kemampuan pada PRU seterusnya. Tidak sewajarnya dia menyerang semua pihak khususnya kerabat diraja.

Comments

Popular posts from this blog

Muhammad Sanusi Penghasut Politik

Syed Saddiq Hanya Tunggang Isu

Mahathir Hanya Pengkhianat Negara