Dari Awal MUDA Dipenuhi Kontroversi

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini memutuskan untuk tidak bertanding dalam pemilihan sulung parti MUDA kerana kes mahkamahnya masih berjalan.

Dia mendakwa tidak mahu kes mahkamahnya menghalang MUDA daripada terus maju ke hadapan.

Syed Saddiq turut mendakwa parti politik mestilah bersih dan kepimpinan perlulah suci tanpa sebarang cela.

Namun, adakah MUDA bersih ketika di bawah kepimpinan Syed Saddiq sebelum ini?

Kenyataan Syed Saddiq itu seolah-olah dia berada dalam khayalan sendiri bahawa partinya selama ini bersih daripada sebarang kontroversi.

Tidak sampai dua tahun penubuhan parti, MUDA terpalit dengan kontroversi ahli-ahlinya dengan selamba menayangkan kegiatan mereka minum minuman beralkohol.

Sehinggakan ada yang mempertikaikan sama ada pembelian arak berkenaan menggunakan duit kutipan awam bantuan banjir di Johor pada 2022.

Syed Saddiq mendakwa ahli-ahli yang minum arak adalah mereka yang bukan beragama Islam.

Namun, wajarkah foto-foto mereka minum arak disebarkan atau dimuat naik di media sosial untuk tatapan orang ramai khususnya golongan belia?

MUDA ditubuhkan untuk mewakili suara belia. Adakah mempromosikan arak itu adalah baik untuk manfaat golongan belia?

Dari segi kesihatan, arak juga tidak baik untuk kesihatan manusia jika diambil secara berlebihan oleh orang bukan Muslim.

Sepatutnya, parti MUDA mempromosikan aktiviti-aktiviti sihat yang wajar diikuti oleh golongan belia, selaras dengan identiti parti itu.

SUMBER: https://x.com/shwsyz/status/1478321428155961345

Syed Saddiq sebelum ini sering kali membidas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu-isu lain.

Namun, Syed Saddiq sendiri menghadiri satu program dikenali sebagai Program Kepimpinan Razak.

Ironinya, program tersebut merupakan cetusan idea Tan Sri Mohamed Nazir iaitu adik kepada Najib.

Nazir juga merupakan antara individu yang dikaitkan mempunyai kaitan dengan skandal 1MDB.

MUDA bagaimanapun menganggap Nazir sebagai 'ikon pembaharuan', sedangkan Syed Saddiq dan MUDA sering kali mengkritik Najib yang terpalit skandal sama.

Parti itu secara jelas menunjukkan mereka bersikap selektif dalam memperjuangkan isu dan bukannya bersungguh-sungguh mahu membawa suara revolusi seperti didakwa.

Tindakan parti MUDA menyertai program itu turut menerima kecaman daripada para penyokong mereka sendiri.

SUMBER: https://twitter.com/limweijiet/status/1559155571009343488?ref_src=twsrc%5Egoogle%7Ctwcamp%5Eserp%7Ctwgr%5Etweet

Syed Saddiq dan MUDA berulang kali mendakwa mereka memperjuangkan isu rasuah dalam politik negara.

Sehinggakan MUDA mengambil keputusan untuk keluar daripada blok kerajaan dan menjadi kuasa ketiga kerana tidak berpuas hati dengan penghakiman kes membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

MUDA bercakap tentang prinsip mereka menentang rasuah, namun pengasas parti itu sendiri iaitu Syed Saddiq turut terpalit kes yang sama.

Syed Saddiq ketika ini dikenakan hukuman tujuh tahun penjara, denda RM10 juta dan dua sebatan serta kesnya masih berada dalam proses rayuan.

Ke manakah prinsip Syed Saddiq sebagai pengasas parti yang sebelum itu berkeras mahu menentang rasuah?

Adakah prinsip sanggup diketepikan hanya kerana gelap mata gara-gara wang?

SUMBER: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/11/syed-saddiq-dipenjara-7-tahun-denda-rm10-juta-dan-dikenakan-2-sebatan

Pada Februari lalu, lebih daripada 100 ahli MUDA Kluang, termasuk ketua cawangan, Shikh Mohd Farkhann telah meninggalkan MUDA dan menyertai sayap Pemuda UMNO.

Shikh mengatakan bahawa hala tuju MUDA semakin tidak jelas dan persepsi pengundi muda terhadap parti itu adalah negatif memandangkan entiti terbabit tidak memiliki pendirian konsisten.

Dia juga menjangkakan MUDA akan menghadapi kesukaran untuk bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Jangkaan Shikh itu berkemungkinan boleh menjadi realiti. MUDA tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri pada 2023 dan semua ahlinya hilang wang depositnya.

Kekalahan mereka pada PRN tersebut merupakan bukti MUDA bukan pilihan orang ramai khususnya golongan muda.

Selain itu, pada tahun lalu, Setiausaha Agung MUDA, Amir Hadi turut meletakkan jawatan atas sebab peribadi yang tidak dinyatakan.

Bagaimana MUDA mahu ke hadapan seperti dimahukan oleh Syed Saddiq jika ahli-ahli mereka tidak lagi mempercayai kredibiliti atau kemampuan parti itu?

Sebenarnya, MUDA hanya menunggu masa untuk karam kerana golongan belia tidak lagi merasakan parti itu berupaya membawa suara mereka ke pentas politik nasional.

SUMBER: https://x.com/NewsBFM/status/2019739112912355330

Syed Saddiq ada atau tidak dalam parti berkenaan, tiada bezanya.

Parti MUDA sudah lama kotor dipenuhi kontroversi sejak Syed Saddiq menubuhkan entiti berkenaan.

Bekas ahli-ahli MUDA juga dari awal menjangkakan parti itu akan berdepan kesukaran untuk bertanding dalam pilihan raya.

Kenyataan itu membuktikan MUDA berdepan masalah yang sangat besar, sama ada dari segi kepimpinan atau kredibiliti sebagai parti yang kononnya memperjuangkan suara revolusi.

MUDA sebenarnya tidak ubah daripada platform untuk Syed Saddiq dan ahli-ahlinya cuba kekal relevan.

Namun mereka sepatutnya berpijak di bumi yang nyata kerana jangka hayat MUDA berkemungkinan besar tidak akan lama.

Comments

Popular posts from this blog

Razak Baginda Tidak Beretika

Tiada Rasa Bersalah Pada Razak Baginda

Betul Ke Razak Baginda Tidak Bersalah?