Mahathir 'Lupa Ingatan' Pada Perbuatannya Sendiri
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini melontarkan sindiran terhadap pihak-pihak tertentu.
Dia mendakwa ada individu yang mencuri berjuta-juta ringgit duit negara namun dilantik sebagai pemimpin berjawatan tinggi.
Kenyataan Mahathir itu seolah-olah dia tidak sedar tentang perbuatan yang pernah dilakukan sebelum ini.
Bukankah anak-anaknya juga menerima manfaat berupa projek bernilai berbilion ringgit daripada Mahathir ketika dia menjadi Perdana Menteri?
Kalau hendak bercakap soal mencuri duit negara, rasanya anak-anak Mahathir lagi banyak menerima keuntungan kerana label mereka sebagai anak kepada seorang pemimpin utama di Malaysia.
Anak-anak Mahathir sering mendapat keistimewaan kerana bapa mereka adalah Perdana Menteri sebelum ini.
Bukan sekali tapi dua kali menjadi Perdana Menteri. Tidak pernah dalam sejarah Malaysia, seorang individu dipilih menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali.
Namun, Mahathir menggunakan kedua-dua peluang itu untuk memberikan 'kekayaan negara' kepada anak-anaknya.
Selepas empat hari Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kedua pada 2018, Opcom Holdings Berhad dianugerahkan kontrak sebanyak RM11.16 juta oleh Telekom Malaysia.
Saham Opcom naik 18.5 sen atau 41.11% menjadi 63.5 sen dalam tempoh sehari ketika itu.
Situasi tersebut mencetuskan persoalan besar memandangkan kerajaan Mahathir baru sahaja meluluskan Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bernilai RM21.6 bilion.
Mukhriz pada masa itu sudah melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengerusi syarikat itu namun masih memegang 23.28% saham manakala isterinya memiliki 14.11% ekuiti.
Pada tahun sama, Mukhriz bersama-sama isterinya mengisytiharkan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM25.1 juta.
Namun peliknya, keuntungan ekuiti saham yang diperoleh menerusi Opcom Holdings Berhad pada tahun itu tidak dinyatakan sekali dalam pengisytiharan harta berkenaan.
Sepatutnya nilai harta Mukhriz dan isterinya adalah RM37.9 juta jika mengambil kira jumlah pegangan saham mereka dalam Opcom.
Mana perginya lebihan harta tersebut? Adakah disimpan di luar negara supaya tidak dijejaki oleh pihak berkuasa negara ini?
Mokhzani menubuhkan Kencana Capital Sdn. Bhd. pada akhir 2001 bernilai RM30 juta.
Syarikat itu diberikan lesen fabrikasi (offshore structures) oleh Petronas pada 2002.
Kencana Capital Sdn. Bhd. kemudiannya dijenamakan semula sebagai Kencana Petrolium Berhad.
Kencana Petrolium Berhad merupakan salah satu daripada hanya tujuh pemegang lesen berkenaan di Malaysia pada masa itu.
Pada 2012, Kencana Petrolium Berhad dianugerahkan kontrak sebanyak RM700 juta oleh Petronas.
Mahathir yang ketika memegang jawatan sebagai penasihat Petronas dikatakan mempengaruhi keputusan Petronas menganugerahkan kontrak itu.
Mokhzani kemudiannya diisytiharkan sebagai orang kesembilan terkaya di Malaysia dan orang Melayu kedua terkaya pada 2013 dengan aset bernilai RM4.22 bilion susulan keuntungan Kencana Petrolium Berhad yang semakin meningkat.
SUMBER: https://www.offshore-energy.biz/kencana-hl-clinches-two-huc-contracts-offshore-malaysia/
Pada 1992, Mirzan membeli Perbadanan Nasional Shipping Line (PNSL) Berhad daripada sebuah agensi milik kerajaan iaitu Perbadanan Nasional (PERNAS) dengan harga RM248 juta pada 1992.
Mirzan membeli PNSL menerusi syarikat miliknya iaitu Konsortium Perkapalan Bhd (KPB).
Namun, Mirzan terperangkap dalam krisis ekonomi Asia dan dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira AS$230 juta kerana membeli syarikat Hong Kong, Pacific Basin Bulk Shipping pada 1996.
Mirzan hampir muflis dan Mahathir mengarahkan Petronas membeli syarikat KPB sebanyak RM900 juta.
Mahathir juga sanggup merancang untuk melaksanakan satu skema khas dengan mengambil dana kira-kira RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah untuk membantu KPB.
KPB ketika itu memiliki hutang sebanyak RM1.6 bilion.
Namun, Mahathir dikatakan mengarahkan pembelian KPB dibuat menerusi pintu belakang tanpa saluran rasmi.
Mahathir diminta membentangkan bajet tambahan untuk 'bail-out' KPB di Parlimen tapi dia tidak mahu kerana ingin menjaga air mukanya.
Mahathir sebaliknya mengarahkan Petronas membeli KPB menggunakan dana kerajaan tanpa pengetahuan Kementerian Kewangan.
SUMBER: https://www.thecoverage.my/5530/mirzan-mahathir-konsortium-perkapalan-bailout
Perumpamaan 'mengata paku dulang serpih, mengata orang dia yang lebih' sememangnya sesuai dengan Mahathir dan keluarganya.
Mahathir dan keluarganya lebih banyak mencuri berbilion ringgit duit negara.
Duit rakyat digunakan sewenang-wenangnya untuk tujuan seperti menyelamatkan syarikat anak-anaknya yang hampir muflis.
Mahathir sepatutnya cermin dirinya sendiri sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Berhentilah bercakap tentang orang lain, sedangkan diri sendiri masih menyimpan 1001 keburukan.
Comments
Post a Comment