Tiada Rasa Bersalah Pada Razak Baginda


Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda berkali-kali menafikan penglibatannya dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibbuu.

Namun pelbagai fakta dan pembongkaran dibuat oleh pelbagai pihak sejak dari 2006.

Kebanyakannya menjurus kepada Abdul Razak.

Motif Abdul Razak untuk melakukan tindakan kejam terhadap Altantuya juga sangat kuat.

Apakah sebenarnya yang mendorong Abdul Razak tergamak membunuh Altantuya?
Abdul Razak dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya.

Model itu dikatakan tidak pernah menjadi jurubahasa untuk perjanjian pembelian kapal selam Scorpene atau terlibat dalam sebarang rundingan kontrak.

Abdul Razak memiliki motif peribadi untuk membunuh Altantuya.

Altantuya didakwa mengganggu Abdul Razak untuk mendapatkan bayaran sebanyak AS$500,000 daripada hasil perjanjian Scorpene.

Namun Abdul Razak 'rimas' dengan perbuatan Altantuya dan mangsa ditembak mati serta diletupkan pada Oktober 2006.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/236909


Mengapa Altantuya meminta wang sebanyak itu daripada Abdul Razak?

Abdul Razak merupakan pengarah syarikat yang dinamakan sebagai Terasasi (Hong Kong) Ltd.

Seorang lagi pengarah merupakan bapa Razak Baginda, Abdul Malim Baginda.

Syarikat itu pada mulanya diperbadankan sebagai Kinabalu Advisory dan Support Services Ltd pada Jun 2002.

Sejumlah AS$1.2 bilion jualan kapal selam Scorpene yang diperoleh daripada Kementerian Pertahanan Malaysia disalurkan kepada Terasasi yang berpangkalan di Hong Kong.

Abdul Razak pula mengakui menerima kira-kira 30 juta euro bagi khidmat konsultasi dalam urusan pembelian kapal selam tersebut.

Namun, sebanyak 114 juta euro telah dibayar sebagai 'yuran' oleh syarikat Perancis dikenali sebagai DCNS kepada syarikat perunding Perimekar Sdn. Bhd.

Syarikat perunding tersebut sangat meragukan kerana pemegang saham utamanya adalah isteri Abdul Razak Baginda.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/194290


Namun, Abdul Razak masih belum dikenakan hukuman berat sehingga kini dan hanya perlu membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa.

Tetapi Abdul Razak tetap gagal membayar ganti rugi tersebut, sehinggakan keluarga mangsa memfailkan notis kebankrapan terhadapnya.

Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dijatuhi hukuman mati.

Abdul Razak pula hanya dituduh bersubahat namun kemudiannya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Sepatutnya Abdul Razak juga perlu menerima hukuman yang sama seperti Azilah dan Sirul Azhar.

Motif Abdul Razak adalah kuat iaitu dia mahu 'mendiamkan' mangsa daripada terus mengganggunya.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/07/1270070/penafian-abdul-razak-baginda-tidak-bermakna-tanpa-testimoni-mahkamah


Gara-gara nilai rundingan pembelian kapal selam itu bocor, Abdul Razak didakwa membunuh seorang wanita yang tidak berdosa.

Meskipun berkali-kali menafikan penglibatannya, namun kes itu akan kekal menghantui Abdul Razak.

Walaupun sudah 18 tahun, kes terbabit akan terus tertanam dalam minda setiap rakyat.

Abdul Razak masih bebas tanpa sebarang rasa bersalah terhadap mangsa dan keluarganya.

Dia sepatutnya dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran kepada rakyat lain bahawa setiap yang bersalah, perlu menanggung kesannya.

Comments

Popular posts from this blog

Syed Saddiq Hanya Tunggang Isu

Mahathir Hanya Pengkhianat Negara

Muhyiddin Perlu Berhenti Main Isu 3R