Mahathir Anggap Dirinya 'Sempurna'


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berhubung jenayah terancang di negara ini.

Apa yang cuba Mahathir sampaikan melalui kenyataan berkenaan?

Kepada siapa Mahathir tujukan? Ada sahaja benda tak kena di mata Mahathir.

Adakah Mahathir cukup sempurna ketika memerintah negara sebanyak dua kali?

Ketika jenayah berleluasa berlaku pada zamannya, adakah Mahathir mengambil tindakan tegas secara menyeluruh?
Jawapannya tidak. Zaman Mahathir penuh dengan jenayah tapi Mahathir langsung tidak mengambil sebarang tindakan untuk mengatasinya.

Sebaliknya Mahathir lebih berminat untuk menjaga kepentingan politiknya.

Mahathir sibuk memperluaskan pengaruh dan kuasanya selama berdekad-dekad memerintah negara.

Kenapa sekarang Mahathir sibuk mahu mencampuri urusan pihak berkuasa dalam menjalankan tanggungjawab mereka?

Sepatutnya ketika menjadi Perdana Menteri, Mahathir menyuarakan tentang isu-isu seperti jenayah terancang dan sebagainya.
Sebenarnya, Mahathir sendiri banyak melakukan 'jenayah terancang' di negara ini.

Tragedi Memali dan Ops Lalang merupakan jenayah terancang yang dilakukan oleh Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri kepada rakyat.

Dia terlalu rakus mengejar kuasa sehinggakan sanggup mengorbankan rakyat dan musuh politiknya.

Sepatutnya Mahathir perlu ditahan atas kes jenayah terancang seperti ini.

Dia wajar berasa malu dengan kenyataan berhubung jenayah terancang, sedangkan ketika menjadi Perdana Menteri, Mahathir sendiri melakukannya perkara berkenaan.

Mahathir patut menyerah diri kepada polis kalau benar dia adalah penegak keadilan.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2021/10/27/34-years-after-ops-lalang-still-no-sincere-apology-by-dr-m/


Belum lagi sebut tentang jenayah kewangan yang berlaku ketika zaman Mahathir.

Skandal Forex Bank Negara Malaysia dan pelbagai lagi kes membabitkan soal kewangan negara terjadi, tidak diambil peduli oleh Mahathir.

Malahan, tiada arahan daripada Mahathir untuk mengarahkan pihak berwajib menjalankan siasatan secara menyeluruh.Sudah tentu arahan tidak dikeluarkan kerana pelakunya adalah Mahathir dan kroni-kroninya.

Bukankah skandal kewangan juga termasuk dalam kategori 'jenayah terancang'?

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/392669


Mahathir patut berasa malu dengan kenyataan berkenaan.

Dia sendiri terbabit dalam pelbagai jenayah terancang dan gagal membanteras isu berkenaan selama menjadi Perdana Menteri.

Semua serba tak kena di Mahathir. Semuanya salah. Hanya dia sahaja yang betul.

Cukup-cukuplah Mahathir. Tak usah campur tangan urusan kerajaan.

Biarkan sahaja generasi baharu buat kerja mentadbir negara. Zaman Mahathir sudah lama berakhir.

Comments

Popular posts from this blog

Muhammad Sanusi Penghasut Politik

Syed Saddiq Hanya Tunggang Isu

Mahathir Hanya Pengkhianat Negara