Mahathir Hanya Pengkhianat Negara
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak bersalah dalam soal Pulau Batu Puteh terlepas ke tangan Singapura pada 2018.
Naratif yang dibawa oleh pengikut atau penyokong Mahathir ini hanya menutup kelemahan dan kegagalan Mahathir menjaga kedaulatan negara.
Bagaimana Mahathir masih disokong walhal kedaulatan negara tergadai di depan mata jutaan rakyat Malaysia?
Pulau Batu Puteh adalah kedaulatan negara yang wajar dipelihara oleh semua rakyat Malaysia, namun malangnya terlepas ke tangan Singapura sehingga memberi impak buruk kepada negara.
Fakta ini tidak boleh disangkal oleh sesiapa pun, termasuklah Mahathir dan penyokongnya sendiri.
SUMBER: https://malaysiapost.com.my/2021/10/17/pulau-batu-puteh-tun-m-patut-disaman-bayar-ganti-rugi-puad/
Ada penyokong Mahathir dakwa dia difitnah berhubung kes Pulau Batu Puteh.
Fakta itu sudah ada dan berlaku ketika pemerintahan Mahathir.
Bagaimana penyokong Mahathir mahu menjelaskan mengapa dia terburu-buru mahu menarik balik semakan kehakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sewaktu baru mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh?
Kalau penyokong Mahathir dapat menjelaskan punca sebenar dia berbuat demikian, maka silakan.
Meragukan apabila Mahathir merehatkan Peguam Negara yang bertanggungjawab terhadap semakan kehakiman itu secara tiba-tiba walaupun kerajaan sebelum itu mempunyai tiga bukti kukuh untuk dikemukakan kepada ICJ.
Malah, keputusan menarik balik semakan kehakiman tersebut juga dibuat secara sendirian oleh Mahathir.
Apa motif Mahathir membuat keputusan itu tanpa merujuk kepada Kabinet atau sebarang pihak berkepentingan negara ini? Sila jawab persoalan ini. Penyokong Mahathir memfitnah pihak lain untuk menyelamatkan wira mereka. Mereka dakwa bukan salah Mahathir, tapi salah pihak lain yang menyebabkan Pulau Batu Puteh terlepas ke tangan Singapura.
Tiada siapa yang mahu melepaskan Pulau Batu Puteh secara membabi-buta atas beberapa faktor.
Pulau Batu Puteh berada pada kedudukan strategik maritim meskipun tidak memiliki kepentingan ekonomi yang signifikan.
Kedudukan Pulau Batu Puteh amat strategik dan terletak di laluan utama bagi kapal-kapal dagang yang melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan.
Ada laporan mengatakan Singapura dalam proses menjadikan pulau itu sebagai 'tembok pertahanan' negara mereka.
Kehilangan Pulau Batu Puteh telah memberi impak buruk kepada sektor perikanan negara.
Ramai nelayan mengeluh sumber pendapatan mereka terjejas dan hilang tempat berteduh ketika ombak besar serta ribut.
Mahathir sepatutnya malu kerana menyebabkan rakyat terutamanya golongan nelayan sengsara. Ekonomi negara tidak dapat berkembang lebih maju.
Gara-gara siapa? Tentulah Mahathir.
SUMBER: https://majoriti.com.my/berita/2022/06/26/hilang-hak-batu-puteh-johor-mahu-ambil-tindakan-ke-atas-pengkhianat
Penyokong Mahathir sekali lagi tabur fitnah terhadap pihak lain khususnya kepada kerajaan.
Mereka dakwa kasino bakal diwujudkan di Forest City dan perbincangan dengan taikun terkemuka, Tan Sri Vincent Tan telah dibuat.
Namun, baik kerajaan mahu pun Vincent Tan menafikan perkara itu sekeras-kerasnya.
Agaknya tiada modal lain mahu memburukkan kerajaan dan menaikkan Mahathir, mereka sebar spekulasi murahan tersebut.
Ini bukan kali pertama Mahathir cuba menggagalkan pembangunan Forest City.
Dia pernah cuba menggagalkan sebarang usaha untuk menjadikan Forest City sebagai projek pembangunan yang baik ketika menjadi Perdana Menteri ketujuh.
Mahathir dakwa projek Forest City tidak bagus untuk negara namun adakah semua projek-projeknya baik untuk Malaysia juga?
Atau baik untuk kroninya sahaja?
SUMBER: https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2024/04/1239437/vincent-tan-tak-terbabit-rundingan-lesen-kasino-forest-city
Mahathir perlu jawab semua dakwaan terhadapnya berhubung Pulau Batu Puteh.
Banyak persoalan yang tergantung ketika ini. Keputusannya melepaskan Pulau Batu Puteh sebegitu sahaja, tidak masuk akal.
Tak perlu dijulang pengkhianat negara seperti Mahathir. Sepatutnya buang sahaja Mahathir dari Malaysia.
Mahathir tidak layak digelar rakyat Malaysia. Dia telah menyebabkan kedaulatan negara tergadai gara-gara kepentingan peribadinya.
Kedaulatan negara bukan satu perkara remeh tapi Mahathir tak ambil peduli tentang perkara itu.
Comments
Post a Comment