Mahathir Antagonis Utama Rakyat Malaysia

Tun Dr Mahathir Mohamad dikenang sebagai Perdana Menteri yang memiliki ciri-ciri kepimpinan diktator semasa dua rejim pemerintahannya.

Rakyat tidak dapat menikmati banyak manfaat ketika era pemerintahannya malahan kian susah.

Mahathir bernasib baik kerana ketika era rejim pertamanya daripada 1981 hingga 2003, media sosial tiada lagi, maka segala 'pekung' di dada berjaya disimpan oleh beliau.

Namun, pada era rejim keduanya daripada 2018 hingga awal 2020, segala tindak tanduk Mahathir diperhatikan oleh rakyat.

Rakyat tidak lagi boleh ditipu, malahan segala keangkuhan Mahathir turut terbongkar. Wataknya sebagai 'penyelamat' negara tidak lagi menjadi sebutan orang ramai, malahan dianggap sebagai 'antagonis' utama seluruh rakyat Malaysia.

Sumber: https://www.agendadaily.com/politik/dr-m-tak-mahu-ikut-jejak-kit-siang-bersara-daripada-politik/

Mahathir sering 'menghukum' mana-mana individu yang tidak beliau sukai seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahathir mengheret Najib ke mahkamah susulan kes penggubalan wang haram melibatkan 1MDB selain turut membangkitkan isu pembaziran wang kerajaan dengan membina projek bertaraf mega.

Mahathir nampaknya sudah nyanyuk. Adakah beliau lupa tentang skandal Forex pada tahun 1993 -1994 yang menyebabkan Bank Negara telah rugi berbilion ringgit?

Bagaimana pula dengan skandal Perwaja Steel yang mengalami kerugian sebanyak RM15 bilion, dan skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) yang mengalami kerugian sebanyak RM2.5 bilion pada tahun 1982, sehingga menyebabkan seorang pegawai bank Malaysia dibunuh di Hong Kong semasa menjalani semakan audit terhadap skandal itu?

Sumber: https://iluminasi.com/bm/5-skandal-terbesar-yang-menyebabkan-rakyat-malaysia-terpaksa-menanggung-kerugian.html

https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/10-projek-mega-mahathir-gagal-kerajaan-bail-out/

Mahathir juga sering membangkitkan isu kedaulatan Raja-Raja Melayu dan menyindir orang Melayu. Adakah beliau betul-betul memperjuangkan hak istimewa dan membela orang Melayu? Cuba fikirkan macam mana sindiran ‘mudah lupa’ dan ‘malas’ boleh membawa sebarang inspirasi kepada orang Melayu? Tiada siapa yang lebih zalim daripada pemimpin Melayu yang menindas dan mengancam kedudukan bangsa sendiri.

Beliau juga melucutkan kuasa daripada Raja-Raja Melayu atas dakwaan salah guna kuasa dan keistimewaan Sultan. Asas penarikan hak istimewa Raja-Raja Melayu sudah pun dibongkar dan disahkan tidak benar.

Akan tetapi disebabkan pengaruh Mahathir, ketidakadilan ini masih berterusan sehingga kini. Perlu kita lihat secara lebih terperinci tentang peranan dan bidang kuasa Raja-Raja Melayu dalam mempertahankan kedaulatan negara tercinta kita.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/88934/BERITA/Nasional/Kembalikan-kuasa-Raja-Melayu-tarik-balik-Pindaan-1993

https://www.sinarharian.com.my/article/50825/BERITA/Nasional/NGO-kecewa-ucapan-Dr-Mahathir-dalam-Kongres-Maruah-Melayu

Kes Pulau Batu Puteh menjadi topik hangat yang dibicarakan oleh Mahathir baru-baru ini. Sehingga ke hari ini, beliau enggan mengaku bahawa beliau menjadi punca Pulau Batu Puteh terlepas ke tangan Singapura.

Pulau Batu Puteh adalah amat penting bagi kedaulatan Johor dan merupakan simbol negeri itu serta kedaulatan Malaysia.

Namun begitu pada 2018, ketika pemerintahan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Mahathir, beliau telah menarik balik permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)pada 2008 yang memihak kepada Singapura.

Ini jelas sebuah perbuatan yang biadab dan tidak berasas. Lebih teruk sekali apabila Mahathir secara tersirat memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan kerajaan negeri Johor atas kegiatan 'eksport pasir', sambil memanggil ia sebagai sebuah pengkhianatan kepada negara.

Mahathir sekali lagi nyanyuk. Lupakah Mahathir bahawa beliau sendiri pernah memberi kelulusan kepada empat syarikat berasingan untuk melombong dan mengeksport pasir ke luar negara ketika era pemerintahan Pakatan Harapan? Ini tidak campur lagi kelulusan lain yang diberi oleh beliau semasa rejim pertama pemerintahannya.

Sumber: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/346544

Sebelum ini, bekas anggota Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), Anina Saadudin meminta Mahathir menjelaskan dakwaan bahawa beliau dan keluarganya memiliki 488 syarikat dengan kekayaan AS$44 bilion (kira-kira RM170 bilion).

Anina turut nendesak agar Mahathir menjelaskan bagaimana anak-anaknya mendapat begitu banyak keistimewaan dalam memperolehi begitu banyak kontrak dan tender-tender daripada kementerian dan GLC ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Sebagai contoh, pada 1994, Sarawak telah memberi kebenaran untuk menebang lebih 1,000 hektar balak kepada syarikat Tanjung Tiara Sdn Bhd. Ironinya, Mukhriz Mahathir bukan sahaja pemegang saham tetapi adalah pengerusi kepada syarikat tersebut.

Itu baru satu, kalau nak dedahkan semua tentang Mahathir dan projek-projek melibatkan anak-anaknya, memang seharian tidak habis.

Bayangkan sahaja, Mokhzani memiliki 255 syarikat, dengan jumlah aset bernilai kira-kira AS$21 billion; Mirzan memiliki 156 syarikat, dengan jumlah aset bernilai kira-kira AS$17 billion; Mukhriz mempunyai 128 syarikat dengan jumlah aset bernilai kira-kira AS$13 billion dan Marina mempunyai 52 syarikat, dengan jumlah aset bernilai kira-kira AS$9 billion.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/423414

https://thekl-chronicle.blogspot.com/2020/05/scary-news-did-mukhriz-mahathir-sold.html

https://www.malaysiakini.com/letters/509478

Sekali lagi, diulangi, Mahathir merupakan antagonis utama rakyat Malaysia. Bukan sahaja beliau angkuh, malahan tanpa segan silu menafikan apa yang berlaku melibatkan keluarganya.

Mahathir sepatutnya tidak lagi sibuk-sibuk ingin memberikan sebarang kenyataan tentang isu melibatkan negara ini. Jadi seperti Pak Lah, menghabiskan masa di rumah sambil membaca buku atau bercucuk tanam, bukankah lebih baik.

Mahathir, insaflah, beredarlah dari dunia kotor politik. Rakyat juga tidak mahukan anda lagi sebagai wira penyelamat negara.

Comments

Popular posts from this blog

Muhammad Sanusi Penghasut Politik

Syed Saddiq Hanya Tunggang Isu

Mahathir Hanya Pengkhianat Negara