Mahathir Kuat Berbohong
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan ramai pihak.
Dia mendakwa menandatangani dokumen berkaitan pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018 tanpa mesyuarat Lembaga Pengampunan dan tanpa nasihat peguam negara.
Mahathir turut mendakwa Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V yang bertitah Anwar sepatutnya diampunkan.
Namun, susulan dakwaannya itu, pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengeluarkan kenyataan sebenar berhubung perkara berkenaan.
SUMBER: https://x.com/jameschin110/status/1929378663948243437?s=46&t=iS4MMNGc-rf971nPsju1Kw
Mahathir dakwa pengampunan ke atas Anwar adalah tidak sah kerana tidak melalui suatu persidangan Lembaga Pengampunan.
AGC sebaliknya menafikan dakwaan berkenaan dan menegaskan satu Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Kali Ke-51 telah diadakan pada 16 Mei 2018 di Istana Negara.
Malah, kenyataan AGC turut menyebut Lembaga Pengampunan tersebut telah dipengerusikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V dan turut dihadiri antaranya oleh Mahathir sendiri selaku Perdana Menteri ketika itu.
Tambah kenyataan itu, atas nasihat Lembaga Pengampunan, Sultan Muhammad V telah bertitah perkenan bahawa rayuan pengampunan penuh Anwar dibenarkan.
Kenyataan itu terang-terangan menyebut Mahathir hadir sendiri pada mesyuarat tersebut.
Apa yang cuba Mahathir sembunyikan dan menyebarkan pembohongan seperti itu?
Atau adakah Mahathir sudah lupa ingatan dan semakin nyanyuk?
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/745099
Mahathir dakwa dia tidak mendapat nasihat peguam negara ketika menandatangani dokumen pengampunan berkenaan.
Dia mendakwa peguam negara tiada ketika itu kerana direhatkan. Peguam negara yang dimaksudkan adalah Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Namun, dakwaan itu sekali lagi dinafikan. Mohamed Apandi menafikan dakwaan Mahathir bahawa pengampunan diberikan kepada Anwar adalah satu kesilapan.
Mohamed Apandi turut mengatakan meskipun dia diarahkan bercuti, namun telah mengemukakan pandangannya selaku Peguam Negara kepada Lembaga Pengampunan berhubung perkara itu.
Mohamed Apandi juga telah menurunkan kuasanya kepada Peguam Cara 2, Datin Paduka Zawyah Bee Loth Khan untuk mewakilinya dalam mesyuarat tersebut.
SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/731988/berita/semasa/jabatan-peguam-negara-nafi-pengampunan-anwar-tidak-sah
Ini bukan kali pertama Mahathir berbohong.
Mahathir pernah berbohong dia tidak menandatangani surat penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika Ops Lalang pada 1987.
Mahathir sebaliknya mendakwa Ops Lalang dikendalikan oleh pihak polis dan dia tiada kuasa untuk membantah sebarang perintah penahanan.
Walhal, Mahathir merupakan Menteri Dalam Negeri ketika itu dan hanya individu memegang portfolio berkenaan yang berkuasa mengeluarkan arahan penahanan tersebut.
Malah ada pihak yang menjadi tahanan ketika itu memberitahu, hanya Menteri Dalam Negeri yang berkuasa menandatangi surat perintah bebas kepada tahanan-tahanan.
SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-politik/isu-tahanan-isa-penafian-dr-mahathir-satu-pembohongan-tajuddin-115300
Semakin hari, semakin kuat Mahathir berbohong.
Tak usah lagi pusing cerita untuk nampak diri itu masih relevan, Mahathir.
Ini bukan zaman dahulu. Sekarang ini zaman teknologi.
Semua pembohongan Mahathir mudah dikesan oleh rakyat.
Berhentilah berbohong, Mahathir. Tiada manfaat pun terus berbohong.
Comments
Post a Comment