Mahathir Tetap Bersalah Soal Pulau Batu Puteh
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad 'dibebaskan' daripada dikenakan sebarang tindakan berhubung isu Pulau Batu Puteh.
Alasan yang diberikan adalah kerana Mahathir sudah berusia 100 tahun.
Adakah faktor umur wajar dijadikan sebagai alasan untuk tidak mengenakan sebarang tindakan kepada individu yang melepaskan kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada negara lain?
Negara mengalami kerugian, begitu juga Johor.
Namun Mahathir terlepas daripada tanggungjawabnya meskipun terang-terangan dia bersalah dalam hal tersebut. Mahathir dikatakan tergesa-gesa membatalkan permohonan semakan tuntutan Pulau Batu Puteh itu sejurus Pakatan Harapan berkuasa pada 2018.
Sejurus Mahathir mengangkat sumpah pada 10 Mei 2018, dia mengarahkan pembatalan permohonan semakan tuntutan itu pada 15 Mei 2018.
Pada 21 Mei 2018, sepucuk surat telah dihantar kepada Singapura, memaklumkan bahawa Malaysia akan menggugurkan tuntutan berkenaan.
Tindakan Mahathir itu sangat mencurigakan, ditambah Mahathir memecat Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Mahathir juga menggunakan khidmat peguam asing untuk membatalkan tuntutan itu.
Pada 29 Mei 2018, Singapura dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengesahkan Malaysia menarik diri daripada prosiding berkenaan.
Mengapa Mahathir terburu-buru membatalkan permohonan berkenaan walhal Malaysia memiliki bukti baharu untuk dikemukakan kepada ICJ pada masa itu? Pulau Batu Puteh berada pada kedudukan amat strategik serta merupakan laluan utama antara timur dan barat melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan.
Justeru, pulau berkenaan memiliki nilai termasuk pengaruhnya terhadap laluan perkapalan dan potensi sumber semula jadi di kawasan sekitarnya.
Ada laporan mengatakan Singapura dalam proses menjadikan pulau itu sebagai 'tembok pertahanan' negara mereka.
Langkah Singapura itu dikhuatiri memberi ancaman kepada Malaysia kerana pulau buatan manusia tersebut berkemungkinan menjadi sebuah pangkalan tentera laut negara berkenaan pada masa depan.
Walaupun saiz Pulau Batu Puteh hanya sebesar padang bola sepak, namun Singapura berkemungkinan boleh memperluaskan pulau buatan manusianya kepada 10 atau 20 saiz padang bola sepak.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/letters/428115
Para nelayan Malaysia menyifatkan kawasan sekitar pulau tersebut sebagai lubuk sumber pendapatan mereka sebelum ini.
Para nelayan bagaimanapun hanya dibenarkan melakukan aktiviti perikanan di kawasan Batuan Tengah dan Tubir Selatan sahaja kerana kedua-duanya diberikan kepada Malaysia.
Malaysia sebenarnya boleh mengukuhkan kedudukan wilayahnya dan potensi ekonomi maritim apabila menguasai Pulau Batu Puteh namun gagal kerana Mahathir.
Ramai nelayan Malaysia turut mengeluh mereka hilang tempat berteduh ketika ombak besar serta ribut.
Mahathir sepatutnya malu kerana menyebabkan rakyat terutamanya golongan nelayan sengsara.
Ekonomi negara tidak dapat berkembang lebih maju.
SUMBER: https://newslab.malaysiakini.com/pulau-batu-puteh/ms/
Sekutu Mahathir mendakwa kerajaan tidak mempunyai bukti kukuh.
Namun, mengapa Mahathir terburu-buru membatalkan permohonan semakan kehakiman ketika itu?
Malaysia memiliki bukti baharu untuk dikemukakan namun mengapa Mahathir memutuskan tidak mahu meneruskan?Apa yang pasti, Pulau Batu Puteh bukan lagi milik Malaysia.
Mahathir sememangnya perlu bertanggungjawab atas kehilangan Pulau Batu Puteh.





Comments
Post a Comment