Mahathir Sorok Aset Di Luar Negara
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini menafikan dia memiliki aset di luar negara.
Dia juga secara sinis meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan kepadanya tentang aset itu supaya Mahathir boleh menuntut aset itu dan mendermakannya kepada golongan miskin.
Mahathir juga mendakwa siasatan tersebut bermotifkan politik.
Namun, SPRM mengesahkan mereka sedang menyiasat aset bukan sahaja di United Kingdom (UK), malahan di Switzerland juga.
SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2025/09/24/were-looking-at-switzerland-too-macc-says-on-dr-m-asset-probe
Sebelum ini, wujud pembongkaran tentang akaun rahsia milik UMNO yang tidak diaudit dan wujud sejak 1988.
Pada masa itu, Mahathir adalah Presiden UMO dan dia adalah individu yang sepatutnya tahu kewujudan akaun berkenaan.
Dikatakan dana dalam akaun rahsia tersebut berjumlah antara RM500 bilion sehingga RM3 trilion.
Tidak mustahil untuk mengatakan sejumlah wang itu dipindahkan ke bank-bank luar negara.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/562531
Mahathir dikatakan mempunyai wang sebanyak AS$200 bilion yang disimpan dalam bank di seluruh dunia.
Wang itu dipercayai disimpan dalam 50 atau lebih bank di seluruh dunia.
Bank-bank itu pula dimiliki oleh rakan baiknya, Tun Daim Zainuddin iaitu ICB Banking Group yang berpangkalan di Switzerland.
Antara rangkaian bank tersebut adalah di Indonesia, Afrika dan Panama.
Mahathir menggunakan taktik menyimpan wang merentasi beberapa benua di dunia supaya asetnya sukar dijejaki oleh pihak berkuasa.
SUMBER: https://www.thecoverage.my/94/mahathir-tun-daim-has-banking-empire-in-more-than-50-banks
Menurut buku penulisan Barry Wain yang bertajuk 'Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times', sekurang-sekurangnya AS$100 bilion wang negara ini hilang ketika rejim pemerintahan kali pertama Mahathir.
Salah satu kes melibatkan Mahathir membabitkan kehilangan wang negara adalah skandal Forex.
Negara terpaksa menanggung kerugian wang rakyat sebanyak AS$10 bilion antara tahun 1991 hingga 1993.
Malah, wujud kenyataan daripada naib pengurus Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakop bahawa Mahathir telah memulakan kegiatan Forex sejak 1985.
Namun sehingga kini, Mahathir tidak pernah mengaku kesalahannya meskipun semua pihak tahu siapakah Perdana Menteri ketika itu.
Mustahil, kegiatan membabitkan dana negara tidak diketahui oleh pemimpin nombor satu negara seperti Mahathir.
SUMBER: https://cilisos.my/in-1994-bank-negara-lost-rm1500-for-every-malaysian-citizen-why-gomen-only-investigate-now/
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah jua.
Mahathir sering menafikan tentang pemilikan hartanya di luar negara.
Namun, kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang.
Mengapa SPRM mahu membuang masa melakukan siasatan di luar negara?
Sudah semestinya, SPRM mendapat maklumat sahih dan mahu melakukan siasatan lebih menyeluruh.
Cukup-cukuplah Mahathir mendakwa semua siasatan terhadap dirinya bermotifkan politik.
Kalau betul tiada aset di luar negara, ke mana perginya AS$100 bilion yang dihilangkan?
Comments
Post a Comment