Betul Ke Razak Baginda Tidak Bersalah?


Pada 2010, seorang penyiasat persendirian mendakwa Abdul Razak Baginda tidak bersalah dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Dakwaan itu dikeluarkan dalam satu sidang media di London oleh penyiasat persendirian tersebut.

Ketika itu, Abdul Razak dibebaskan dari tuduhan membunuh Altantuya manakala dua anggota polis iaitu cif inspektor Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar dijatuhkan hukuman mati.

Namun adakah dakwaan itu benar? Betul ke Abdul Razak tidak bersalah membunuh Altantuya?
Persoalan itu perlu dijawab menerusi fakta yang telah dibongkarkan oleh media-media sebelum ini.

Abdul Razak merupakan pengarah syarikat yang dinamakan sebagai Terasasi (Hong Kong) Ltd.

Seorang lagi pengarah merupakan bapa Razak Baginda, Abdul Malim Baginda.

Syarikat itu pada mulanya diperbadankan sebagai Kinabalu Advisory dan Support Services Ltd pada Jun 2002.

Sejumlah AS$1.2 bilion jualan kapal selam Scorpene yang diperoleh daripada Kementerian Pertahanan Malaysia disalurkan kepada Terasasi yang berpangkalan di Hong Kong.

Abdul Razak pula mengakui menerima kira-kira 30 juta euro bagi khidmat konsultasi dalam urusan pembelian kapal selam tersebut.

Namun, sebanyak 114 juta euro telah dibayar sebagai 'yuran' oleh syarikat Perancis dikenali sebagai DCNS kepada syarikat perunding Perimekar Sdn. Bhd.

Syarikat perunding tersebut sangat meragukan kerana pemegang saham utamanya adalah isteri Abdul Razak Baginda.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/194290


Yuran rundingan berkenaan didakwa menjadi punca utama model Mongolia, Altantuya Shaariibbuu dibunuh oleh Abdul Razak.

Altantuya didakwa mengganggu Abdul Razak untuk mendapatkan bayaran sebanyak AS$500,000 daripada yuran berkenaan.

Namun Abdul Razak rimas dengan perbuatan Altantuya dan mangsa ditembak mati serta diletupkan pada Oktober 2006.

Pada tahun 2010, kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) telah memfailkan aduan terhadap DCNS di mahkamah Perancis atas dakwaan pembayaran komisen haram kepada Perimekar.

Aduan tersebut membawa kepada serbuan ke atas pejabat DCNS dan rampasan pelbagai dokumen.

Dokumen tersebut dilaporkan menyokong dakwaan pembayaran haram serta mendedahkan penggunaan rangkaian syarikat perantara termasuk Perimekar.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/236909


Pada 2017, Abdul Razak mendakwa dia sudah melupakan 'kisah silamnya' itu dan mengakui 'sudah tidak peduli'.

Bukankah dulu Abdul Razak pernah melarikan diri ke United Kingdom buat seketika?

Kalau benar tidak bersalah, mengapa melarikan diri ke United Kingdom?

Mengapa hanya memunculkan diri di khalayak ramai selepas tujuh atau lapan tahun di Malaysia?

Altantuya turut pernah membuat laporan polis pada hari kejadian dan meminta polis mencari Abdul Razak sekiranya sesuatu berlaku terhadap dirinya.

Sudah tentu ada sebab yang kuat mengapa Altantuya berbuat demikian.
Terang-terangan Abdul Razak bersalah dalam kes pembunuhan berkenaan.

Mahkamah turut menetapkan Abdul Razak sebagai rakan subahat dalam kes pembunuhan tersebut.

Abdul Razak seharusnya menerima hukuman sama seperti Azilah dan Sirul Azhar.

Dia adalah dalang utama tetapi mengapa dia masih bebas sehingga kini?

Satu perkara adalah pasti, dakwaan bahawa Abdul Razak tidak bersalah adalah kurang tepat.

Comments

Popular posts from this blog

Tiada Rasa Bersalah Pada Razak Baginda

Muhyiddin Perlu Berhenti Main Isu 3R

Mahathir Hanya Pengkhianat Negara