Mahathir Tetap Bersalah Soal Pulau Batu Puteh

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad 'dibebaskan' daripada dikenakan sebarang tindakan berhubung isu Pulau Batu Puteh. Alasan yang diberikan adalah kerana Mahathir sudah berusia 100 tahun. Adakah faktor umur wajar dijadikan sebagai alasan untuk tidak mengenakan sebarang tindakan kepada individu yang melepaskan kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada negara lain? Negara mengalami kerugian, begitu juga Johor. Namun Mahathir terlepas daripada tanggungjawabnya meskipun terang-terangan dia bersalah dalam hal tersebut. Mahathir dikatakan tergesa-gesa membatalkan permohonan semakan tuntutan Pulau Batu Puteh itu sejurus Pakatan Harapan berkuasa pada 2018. Sejurus Mahathir mengangkat sumpah pada 10 Mei 2018, dia mengarahkan pembatalan permohonan semakan tuntutan itu pada 15 Mei 2018. Pada 21 Mei 2018, sepucuk surat telah dihantar kepada Singapura, memaklumkan bahawa Malaysia akan menggugurkan tuntutan berkenaan. Tindakan Mahathir itu sangat mencurigakan, ditambah Mahathir memecat P...