Razak Baginda Tidak Beretika
Ramai mengatakan Abdul Razak Baginda adalah dalang kepada kes pembunuhan kejam membabitkan seorang model Mongolia, Altantuya Shaariibuu meskipun selepas hampir 20 tahun peristiwa itu terjadi.
Kejadian yang berlaku pada 19 Oktober 2006 itu menggemparkan negara.
Dua suspek telah ditahan dan menjalani hukuman manakala Abdul Razak hanya diminta untuk membayar ganti rugi atau pampasan kepada keluarga mangsa.
Selain itu, pelbagai kontroversi dan teori turut menyelubungi kes berkenaan.
Ramai ingin mengetahui punca sebenar Altantuya dibunuh dan mengapa Abdul Razak merupakan dalang utama kes tersebut? Pada 2022, nama Abdul Razak dikaitkan dalam laporan audit forensik projek kapal tempur pesisir (LCS) yang dinyahklasifikasikan.
Abdul Razak dikatakan menggunakan kaedah tidak beretika dalam perolehan dua kapal selam Scorpene milik Perancis.
Selain Razak, pembuat kapal Perancis, DCNS kini dikenali sebagai Naval Group turut dikaitkan dengan isu tersebut.
Laporan itu mendakwa bahawa di bawah perjanjian kapal selam tersebut, pegawai kerajaan Malaysia iaitu Abdul Razak menyasarkan untuk mendapatkan pembayaran sebanyak RM514 juta melalui syarikat swasta Perimekar Sdn Bhd.
Syarikat berkenaan dikatakan dimiliki sepenuhnya oleh Abdul Razak.
Namun berdasarkan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Abdul Razak tidak disenaraikan sebagai pengarah dalam Perimekar.
SUMBER: : https://www.thevibes.com/articles/news/69715/razak-baginda-dcns-lcs-nightmare-repeat-of-scorpene-scandal
Pemegang saham utama Perimekar adalah KS Ombak Laut Sdn Bhd.
Pengarah KS Ombak Laut adalah isteri kepada Abdul Razak iaitu Mazlinda Makhzan serta anak perempuannya, Rowena Abdul Razak.
Mazlinda telah menjadi pengarah syarikat berkenaan sejak 2001 manakala Rowena memegang jawatan tersebut sejak 2010.
Dua wanita tersebut turut memiliki pegangan majoriti saham dalam KS Ombak Laut.
Sebanyak 114 juta euro didakwa telah dibayar sebagai 'yuran rundingan' oleh DCNS kepada Perimekar.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/194290
Yuran rundingan berkenaan didakwa menjadi punca utama model Mongolia, Altantuya Shaariibbuu dibunuh oleh Abdul Razak.
Altantuya didakwa mengganggu Abdul Razak untuk mendapatkan bayaran sebanyak AS$500,000 daripada yuran berkenaan.
Namun Abdul Razak tidak mahu diganggu lagi oleh Altantuya dan model Mongolia itu dibunuh bagi 'menutup mulutnya'.
Pada tahun 2010, kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) telah memfailkan aduan terhadap DCNS di mahkamah Perancis atas dakwaan pembayaran komisen haram kepada Perimekar.
Aduan tersebut membawa kepada serbuan ke atas pejabat DCNS dan rampasan pelbagai dokumen.
Dokumen tersebut dilaporkan menyokong dakwaan pembayaran haram serta mendedahkan penggunaan rangkaian syarikat perantara termasuk Perimekar.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/236909
Walau apa pun fakta yang dikaitkan dengan Abdul Razak, dia masih lagi bebas.
Abdul Razak hanya diarahkan untuk membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa.
Namun perkara itu juga sukar untuk dibuat oleh Abdul Razak sehinggakan keluarga mangsa mahu memfailkan notis kebankrapan terhadapnya.
Ganti rugi tidak cukup untuk membayar nyawa Altantuya yang telah pergi selama-lamanya.
Abdul Razak juga harus disiasat kembali bagi memastikan keadilan dapat dicapai dalam kes berkenaan.
Comments
Post a Comment