Mahathir 'Pusing' Cerita Soal Pulau Batu Puteh
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba mengheret pihak lain dalam kes Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Pulau Batu Puteh.
Dia cuba heret Dr Wan Azizah dan Kabinetnya dalam kes tersebut.
Mahathir dakwa dia tidak wajar dipersalahkan dan seluruh barisan Kabinetnya turut terbabit dalam membuat keputusan menarik balik permohonan semakan kehakiman Pulau Batu Puteh pada 2018.
Namun adakah Mahathir lupa siapakah yang melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara pada ketika itu?
Bukankah Mahathir memperdayakan barisan Kabinetnya tentang Pulau Batu Puteh?
Sekarang tiba-tiba mahu mengheret mereka sekali sedangkan semua keputusan di tangan Mahathir? Mahathir dikatakan tergesa-gesa membatalkan permohonan semakan tuntutan Pulau Batu Puteh itu sejurus Pakatan Harapan berkuasa pada 2018.
Sejurus Mahathir mengangkat sumpah pada 10 Mei 2018, dia mengarahkan pembatalan permohonan semakan tuntutan itu pada 15 Mei 2018.
Pada 21 Mei 2018, sepucuk surat telah dihantar kepada Singapura, memaklumkan bahawa Malaysia akan menggugurkan tuntutan berkenaan.
Tindakan Mahathir itu sangat mencurigakan, ditambah Mahathir memecat Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Mahathir juga menggunakan khidmat peguam asing untuk membatalkan tuntutan itu.
Pada 29 Mei 2018, Singapura dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengesahkan Malaysia menarik diri daripada prosiding berkenaan.
Persoalanya, mengapa Mahathir terburu-buru membatalkan permohonan itu?
Tambahan pula, Malaysia memiliki bukti baharu untuk dikemukakan kepada ICJ ketika itu.
Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/168174/BERITA/Nasional/Isu-Pulau-Batu-Puteh-Dr-Mahathir-tidak-jawab-persoalan-sebenar
Kalau hendak bercakap soal pengkhianatan, bukan sedikit perkara yang dilakukan oleh Mahathir.
Mahathir sendiri pernah meluluskan empat syarikat berasingan untuk melombong dan mengeksport pasir ke luar negara ketika era pemerintahan Mahathir kali kedua.
Satu dokumen dengan kepala surat Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli bertarikh 29 November 2018 yakni sewaktu jawatan itu disandang Datuk Dr Xavier Jayakumar di bawah pentadbiran PH meluluskan permit import (AP) pengeksportan pasir ke luar negara.
Dalam surat itu turut tertulis, hasil rundingan dengan Xavier dan Mahathir telah dipersetujui untuk meluluskan AP bagi pengeksportan pasir sungai ke luar negara membabitkan empat syarikat tersebut.
Kandungan surat menjelaskan pelantikan kesemua syarikat itu atas rundingan Xavier bersama Mahathir.
Itu baru satu bukti, belum lagi kelulusan lain yang diberikan oleh Mahathir semasa rejim pemerintahan kali pertamanya. Mahathir juga pernah mengakui bahawa beliau pernah menimbangkan untuk menukar Malaysia kepada sistem republik.
Tidakkah Mahathir tahu sistem itu tidak bersesuaian dengan masyarakat dan adat rakyat negara ini.
Ini menunjukkan bahawa Mahathir tidak mengambil peduli soal kedaulatan negara.
Mahathir hanya mahu dirinya berkuasa serta semua keputusannya perlu dipatuhi tanpa ada campur tangan pihak lain seperti Majlis Raja-Raja dan sebagainya.
Maka tidak pelik apabila Mahathir sewenang-wenangnya membatalkan permohonan semakan kehakiman beberapa hari sebelum prosiding bermula.
Sumber: https://www.malaysiakini.com/columns/122162
Mahathir perlu bertanggungjawab semua kesalahannya tentang Pulau Batu Puteh.
Mengapa tergesa-gesa membuat keputusan untuk membatalkan permohonan semakan kehakiman Pulau Batu Puteh?
Ada udang di sebalik batu tentang tindakan Mahathir. Sedangkan sebenarnya Kabinet belum dilantik secara rasmi pada ketika itu.
Mahathir hanya mereka cerita untuk menyelamatkan dirinya sendiri.
Sudah-sudahlah pusing cerita, Mahathir.
Comments
Post a Comment