Keluarga Nepotisme Mahathir


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan amalan nepotisme tidak boleh dipisahkan sejak berdekad lamanya.

Mahathir berkali-kali menafikan wujudnya amalan itu sepanjang dia memerintah negara, namun tiada siapa boleh sangkal jawatan dan kekayaan yang dimiliki oleh anak-anaknya pada hari ini.

Mahathir mengatakan anak-anaknya bekerja keras dan tidak mengharapkan bantuan daripadanya untuk 'berjaya' tetapi agak mustahil kalau dilihat daripada jumlah syarikat serta nilai harta yang anak-anaknya miliki.

Bukan mudah untuk memiliki ratusan syarikat dan berbilion ringgit.

Hanya anak-anak Mahathir sahaja mampu mencapainya di negara ini. Jarang kita dengar anak-anak seorang Perdana Menteri memiliki 'keistimewaan' seperti anak-anak Mahathir.

Bukan sahaja Mahathir cuba menafikan anak-anaknya sudah bergelar jutawan, malahan mahu mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang cuba ‘memfinah’ keluarganya.

Bukti kekayaan dan kemewahan anak-anak Mahathir sudah banyak didedahkan kepada umum.

Marina memiliki 52 syarikat dengan aset RM9 Billion. Mirzan memiliki 156 syarikat dengan aset bernilai RM17 billion.

Mokhzani pula memiliki 255 syarikat dengan aset RM21 billion manakala Mukhriz pula memiliki 128 syarikat dengan aset bernilai RM13 billion.

Kekayaan keluarga Mahathir secara keseluruhannya adalah kira-kira AS$44 billion kalau dihitung secara keseluruhannya.

Mirzan merupakan pengarah Petron Corporation yang berpangkalan di Filipina dan memiliki Petron Malaysia.

Mirzan dikatakan mempunyai pegangan saham dalam Petron Malaysia dan syarikat pegangannya di Filipina, San Miguel Corporation.

Mirzan merupakan ahli lembaga syarikat induknya, Petron Corporation Filipina dan dipilih sebagai pengarah syarikat berkenaan pada 2010 serta memegang 1,000 ekuiti.

Selain itu, hanya selepas empat hari Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kedua pada 2018, Opcom Holdings Berhad iaitu sebuah syarikat yang terlibat dalam pembuatan dan penjualan kabel gentian optik serta produk berkaitan kabel di Malaysia, telah dianugerahkan kontrak sebanyak RM11.16 juta oleh Telekom Malaysia.

Mokhzani merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Opcom Holdings Berhad pada masa itu manakala abangnya, Mukhriz adalah pemegang saham terbesar sehinggalah dia menyerahkan sahamnya kepada isterinya sebelum menceburi politik.

Saham Opcom naik 18.5 sen atau 41.11% menjadi 63.5 sen dalam tempoh sehari ketika itu.

Situasi tersebut dilihat sangat aneh memandangkan kerajaan Mahathir baru sahaja meluluskan Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bernilai RM21.6 bilion.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/436827


Marina pula pernah menjawat jawatan sebagai Presiden Majlis Aids Malaysia dan menjadi ahli lembaga pertubuhan bukan kerajaan, Sister In Islam.

Marina turut memegang jawatan tertinggi dalam Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dan Malaysian Philharmonic Orchestra.

Bukan itu sahaja, Marina juga menjadi pemegang amanah Maybank Foundation, sebuah platform utama untuk menjalankan tanggungjawab korporat dalam Maybank Group.

Portfolio Marina bukan calang-calang ya. Selain memegang pelbagai jawatan, dia juga memiliki syarikat-syarikat di bawahnya seperti Boost Juice Sdn Bhd dan Wild Horizon Sdn Bhd.

Sumber: https://says.com/my/seismik/cerita-penuh-disebalik-pengharaman-gerakan-sisters-in-islam-sis-apa-sebenarnya-terjadi


Mahathir tidak perlu menyorokkan kekayaan anak-anaknya.

Mustahil anak-anaknya tidak menjadi jutawan jika melihat kepada senarai firma-firma yang dimiliki oleh mereka.

Anak-anaknya juga banyak memegang jawatan-jawatan penting.

Sukar untuk rakyat tidak menggelarkan mereka sebagai keluarga nepotisme.

Mengaku sahajalah Mahathir. Rakyat tidak buta lagi dan tahu mengenal jauhari daripada manikam.

Comments

Popular posts from this blog

Muhammad Sanusi Penghasut Politik

Syed Saddiq Hanya Tunggang Isu

Mahathir Hanya Pengkhianat Negara