Perak Rakus Jarah Hutan Simpan

Kerajaan Perak nampaknya 'bersiap-siaga' untuk melaksanakan penjarahan kawasan hutan secara besar-besaran tidak lama lagi.

Kawasan hutan seluas 4,280 hektar bakal menjadi korban kepada kerakusan Kerajaan Perak.

Lokasi tersebut yang terletak di Hutan Simpan Kledang Saiong akan dijadikan sebagai ladang hutan bermula tahun ini.

Bayangkan kawasan berkeluasan kira-kira 5,994 padang bola sepak bakal dijarah oleh Kerajaan Perak.

Paling membingungkan, kawasan itu merupakan hutan simpan yang sepatutnya dipelihara dan dipulihara oleh Kerajaan Perak.

Sumber: https://www.facebook.com/doe.gov.my/posts/pfbid0qz4mEc57BKNsYd8PmnZ3BaA9f3HT9MXpYxmN4wCrr4X49Fs5nJvaXrxqvz4MQftjl

Hutan tersebut menempatkan habitat terancam kritikal di bawah Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) iaitu 'helmeted hornbill' dan 'Asian brown tortoise'.

Malahan, kawsan itu juga merupakan lokasi habitat bagi 11 lagi spesis terancam seperti Tapir Asia, Siamang serta beberapa spesis lain.

Bukan itu sahaja, perkampungan Orang Asli juga terletak tidak jauh daripada kawasan berkenaan.

Kira-kira 200 orang tinggal di perkampungan berkenaan dan mereka juga bergantung sepenuhnya kepada hasil hutan simpan tersebut.

Bagaimana mereka hendak mencari sumber pendapatan jika hutan simpan itu dijarah nanti?

Produk seperti madu Kelulut, Tongkat Ali, rotan dan sayur-sayuran menjadi sumber pendapatan utama Orang Asli di situ.

Tergamak Kerajaan Perak membelakangkan rakyatnya sendiri semata-mata untuk mengejar keuntungan peribadi.

Sumber: https://m.malaysiakini.com/news/650542

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah perlu menjawab isu ini dengan setelusnya.

Apa alasan kukuhnya untuk membangunkan ladang hutan di kawasan hutan simpan?

Hutan simpan memainkan peranan amat penting dari segi sosioekonomi, alam sekitar dan keselamatan selain menjadi habitat penting kepada pelbagai spesis flora dan fauna.

Sebagai pemerintah Kerajaan Perak, sepatutnya Sultan Perak lebih cakna tentang perkara ini serta menjadi individu yang sewajarnya menolak sebarang aktiviti tidak bermoral terutamanya kepada alam sekitar.

Kalau projek itu diteruskan, maka takrifan 'hutan simpan' hanya kekal pada namanya tapi tidak dilaksanakan mengikut undang-undang sewajarnya.

Sumber: https://murninetsv2.planmalaysia.gov.my/cms/

Ahli Dewan Negara Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini juga berdiam diri tentang isu tersebut.

Terlalu banyak sangat komen tentang politik di Perak sampai tidak mahu menasihatkan Sultan Perak berhubung keburukan melaksanakan penjarahan hutan di negeri itu.

Sumbangan apakah diberikan oleh Mohd Annuar kepada Perak? Sumbangan terhadap pembangunan Perak juga tiada.

Malah, Mohd Annuar pernah didakwa menjadi penggerak politik Perak di sebalik tabir.

Sibuk berpolitik sehingga lupa untuk mengambil berat tentang isu rakyat. Lebih elok manusia seperti Mohd Annuar meletakkan jawatannya sahaja.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1030104/annuar-zaini-minta-maaf-kepada-setiausaha-bersatu-perak

Hutan simpan perlu dilindungi oleh semua pihak.

Kalau golongan atasan seperti Sultan Perak dan Mohd Annuar tutup sebelah mata demi kepentingan peribadi, alamatnya tiada hutanlah lagi di negara ini.

Habis semua hutan akan dijarah, sekali gus spesis flora dan fauna pupus begitu sahaja.

Agaknya itu yang dimahukan oleh mereka. Biar tergadai tanah, tapi duit terus masuk dalam poket mereka.

Kasihan kepada anak cucu kita nanti. Tak dapat melihat keindahan alam sekitar kelak, gara-gara kerakusan manusia tidak bermoral.

Comments

Popular posts from this blog

Muhammad Sanusi Penghasut Politik

Syed Saddiq Hanya Tunggang Isu

Mahathir Hanya Pengkhianat Negara