Mahathir Langgar Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir selaku Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260, menitahkan proses pelantikan hakim di negara ini adalah lemah dan boleh diperbaiki.

Baginda juga menitahkan bahawa keanggotaan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) tidak boleh dibuat oleh Perdana Menteri agar tiada pihak mengambil kesempatan dalam institusi kehakiman negara.

Ramai sedia maklum bahawa bekas Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas sudah berulang kali melanggar Akta SPK 2009.

Tindakan mereka itu dilihat mempunyai muslihat dan kepentingan peribadi.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/10/21/jac-didnt-name-3-for-top-judges-posts-says-report/

Pada 13 Jun 2018, SPK mencadangkan nama Tan Sri Azahar Mohamad sebagai Ketua Hakim Negara dan Tan Sri Rohana Yusuf (Presiden Mahkamah Rayuan) dan Datuk Abdul Rahman Sebli (Hakim Besar Sabah dan Sarawak).

Namun, Tun Richard Malanjum kemudian dilantik sebagai Ketua Hakim Negara atas cadangan Dr. Mahathir dan Tommy diikuti Tan Sri Ahmad Maarop (Presiden Mahkamah Rayuan), Tan Sri Zaharah Ibrahim (Hakim Besar Malaya) dan Tan Sri David Wong Dak Wah (Hakim Besar Sabah dan Sarawak).

Pada 18 Mac 2019, SPK mencadangkan nama Ahmad sebagai Ketua Hakim Negara dan David (Presiden Mahkamah Rayuan), Tun Tengku Maimun Tuan Mat (Hakim Besar Malaya) dan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim (Hakim Besar Sabah dan Sarawak).

Walau bagaimanapun, atas cadangan Dr. Mahathir dan Tommy, Tengku Maimun dilantik sebagai Ketua Hakim Negara diikuti Rohana (Presiden Mahkamah Rayuan), Abang Iskandar (Hakim Besar Malaya) manakala David dikekalkan sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Mahathir gagal untuk berunding dengan Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak sebelum melantik Hakim Besar kedua-dua negeri.

Tindakan Mahathir tersebut jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sumber: https://www.nst.com.my/news/nation/2022/10/842723/appointment-highest-judicial-offices-july-2018-not-made-according-names

Ini bukan kali pertama Mahathir mencampuri bidang kehakiman negara.

Mahathir jangan lupa bahawa beliau merupakan individu yang membantu membebaskan pemimpin DAP, Lim Guan Eng daripada kes rasuahnya.

Peliknya, Guan Eng dilepaskan sebelum dibicarakan. Malahan pengguguran kes tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Semestinya, Mahathir akan campur tangan kerana Guan Eng adalah Menteri Kewangannya ketika itu dan pastinya, Mahathir mahu menjaga hubungan baiknya dengan DAP pada masa itu.

Disebabkan itu, Mahathir tidak kisah untuk melantik Orang Kena Tuduh (OKT) seperti Guan Eng sebagai Menteri Kewangan meskipun sepatutnya jawatan penting itu diberikan mereka yang bukan tergolong dalam kluster mahkamah.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/09/470280/gugur-kes-guan-eng-bertentangan-perlembagaan-persekutuan

Gara-gara tidak berpuas hati dengan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 1980-an, Mahathir yang ketika itu menjadi Perdana Menteri keempat, melakukan pindaan ke atas perlembagaan Malaysia yang dikenali sebagai Akta Pindaan Perlembagaan 1988.

Mahathir berbuat demikian bagi menyekat kuasa badan kehakiman serta mengintrepretasikan semula kedudukan mahkamah dalam sistem pentadbiran negara.

Pada masa yang sama, Mahathir bersama sekutunya menyerang dan memburukkan hakim mahkamah secara terbuka menerusi media.

Bertitik tolak dari situ, pihak mahkamah yang diketuai oleh Tun Salleh Abas memohon Yang Di-Pertuan Agong supaya bertitah agar campur tangan kerajaan dalam badan kehakiman dihentikan.

Namun, Mahathir sememangnya licik. Rancangan Tun Salleh Abas terbongkar dan Mahathir pula memohon kepada Yang Di-Pertuan Agong agar Tun Salleh Abas digantikan atas faktor kesihatan serta tidak mampu lagi membuat sebarang keputusan mahkamah dengan baik.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/423512

Mahathir sewenang-wenangnya berbuat sesuka hati melantik hakim mengikut kehendaknya.

Walhal, SPK terdiri daripada mereka yang lebih berkelayakan dalam menentukan pelantikan hakim-hakim di Malaysia.

Terang-terangan, Mahathir menunjukkan beliau menguasai badan kehakiman ketika rejim pemerintahannya.

Sebab itu, kita sebagai rakyat biasa tidak pernah melihat nama Mahathir diheret ke mahkamah.

Comments

Popular posts from this blog

Muhammad Sanusi Penghasut Politik

Syed Saddiq Hanya Tunggang Isu

Mahathir Hanya Pengkhianat Negara