Apa Nasib Pejuang Selepas Kekalahan Mahathir?

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mewakili Pejuang kalah teruk di Langkawi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan hilang wang deposit.

Beliau hanya mendapat 4,566 undi berbanding calon Perikatan Nasional, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dengan 25,463 undi.

Mahathir gagal mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU-14 dan merupakan kekalahan pertamanya dalam tempoh 53 tahun.

Mahathir kian hilang sokongan daripada rakyat dan kekalahan teruk itu membuktikan fakta berkenaan.

Mahathir tidak seperti dahulu dan auranya semakin hilang dalam kalangan pengundi.

Namun, apa yang bakal berlaku kepada partinya, Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) selepas ini?

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/232324/berita/politik/tun-mahathir-tewas-di-langkawi

PEJUANG akan terus tersisih daripada 'pandangan' rakyat. Selepas kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan PRU-15, tiada siapa memandang serius kepada parti berkenaan.

Meskipun menampilkan calon selebriti seperti Datuk Seri Eizlan Yusof dan Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri pada PRU-15, namun kedua-duanya masih gagal meraih kemenangan.

Penolakan rakyat terhadap parti berkenaan berpunca daripada Mahathir sendiri yang masih cuba memainkan naratif perkauman.

Pengundi Melayu tidak lagi meletakkan sebarang harapan dan kepercayaan kepada Mahathir untuk menerajui negara ini.

Pengundi Melayu lebih melihat serta memilih calon yang dirasakan boleh membuat kerja dan terhindar daripada pelbagai konflik.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/11/12/mahathir-says-gta-hopes-to-draw-chinese-votes/

Kekalahan Mahathir di PRU-15 memberi petanda bahawa masa sudah tiba untuk mantan Perdana Menteri itu bersara dari dunia politik.

Meskipun memperjuangkan mesej pro-Melayu dalam kempen PRU, namun tidak disambut baik oleh para pengundi Melayu.

PEJUANG juga sepatutnya dibubarkan sekiranya Mahathir mengambil keputusan untuk bersara.

Ketiadaan Mahathir hanya membuatkan parti itu 'hilang pengaruh' dan dipandang sebagai 'parti serpihan' oleh rakyat.

Tambahan, parti itu tidak memiliki pemimpin berpengaruh seperti Mahathir. Anaknya, Mukhriz juga ditolak oleh rakyat, maka PEJUANG berkemungkinan dibubarkan pada masa hadapan.

Sumber: https://malaysia.news.yahoo.com/analysts-gta-just-disband-racial-230000251.html

PEJUANG merupakan parti kecil tapi mengambil pendekatan untuk tidak bergabung dengan mana-mana parti besar lain seperti Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Mahathir berulang kali mengulangi pendiriannya untuk tidak bergabung dengan DAP meskipun pernah berbuat demikian sebelum ini.

Mahathir mahu menunjukkan dirinya seolah-olah seorang nasionalis Ultra-Melayu.

Tindakan menutup pintu untuk bekerjasama dengan mana-mana gabungan hanya merugikan PEJUANG pada masa akan datang.

PEJUANG tidak mampu untuk bersaing dalam arena politik meskipun membentuk gabungan Gerakan Tanah Air (GTA).

Kekalahan demi kekalahan teruk dicatatkan, memberi isyarat PEJUANG tidak relevan dan ahli-ahlinya perlu keluar dari parti berkenaan dan menyertai parti lain.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/07/23/pejuang-berisiko-kalah-teruk-dalam-pru15-tanpa-bentuk-pakatan-kata-penganalisis/

Keberadaan Mahathir dalam politik Malaysia sudah terlalu lama dan lebih ramai ahli politik generasi baharu makin relevan berbanding mantan Perdana Menteri itu.

Tewasnya Mahathir bermakna era beliau bersama politik kian hampir.

Nasib PEJUANG juga umpama berada di hujung tanduk. Tanpa Mahathir, PEJUANG tidak akan kekal lama dan bakal terkubur.

Jika PEJUANG mahu kekal relevan, jenamakan semula parti itu dan berikan pimpinan parti berkenaan kepada individu yang malar segar serta boleh diterima rakyat.

Sekiranya masih enggan, hayat PEJUANG mungkin hanya mampu bertahan satu atau dua tahun lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Muhammad Sanusi Penghasut Politik

Syed Saddiq Hanya Tunggang Isu

Mahathir Hanya Pengkhianat Negara