Mahathir Jangan Lupa Kegagalan Lampau
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini memandu uji jentera Audi Q5 SUV di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Mengapa Mahathir tiba-tiba memuat naik videonya memandu kenderaan di litar?
Nak tunjuk dia paling handal memandu kenderaan di litar? Atau Mahathir mahu mengangkat dirinya sebagai pencetus di sebalik SIC meskipun banyak lagi kegagalan dia buat?
Berhentilah tunjukkan semua perkara tak bermakna di media sosialnya.
Kalau sekadar mahu menunjukkan sikap riak tentang SIC, masih tak boleh tutup kegagalan yang dibuat oleh Mahathir sepanjang menjadi Perdana Menteri.
SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2024/09/25/age-is-just-a-number-dr-mahathir-99-year-old-car-guy-puts-pedal-to-the-metal-and-hits-speeds-over-150kmh-at-sic-video/151541
Salah satu kegagalan Mahathir adalah tewas di Parlimen Langkawi dan hilang wang deposit dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 2022.
Kerusi tersebut dimenangi calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Suhaimi Abdullah yang memperoleh 25,463 undi manakala Mahathir pula hanya meraih 4,566 undi.
Kegagalan mempertahankan kerusi itu membuktikan Mahathir tidak lagi relevan di mata pengundi khususnya dalam kalangan penduduk Langkawi.
Ketika dalam pasca PRU-14, penurunan sokongan dan populariti Mahathir dipercayai berpunca daripada prestasi Kabinet kerajaannya.
Prestasi lemah yang ditonjolkan oleh Kabinetnya terutamanya dalam soal ekonomi negara dan pemberian bantuan rakyat, tidak diterima baik oleh orang ramai.
Sumber: https://malaysiagazette.com/2022/11/20/tun-mahathir-tewas-di-langkawi-hilang-deposit/
https://www.sinarharian.com.my/article/25468/berita/nasional/sokongan-terhadap-pm-kerajaan-ph-merosot
Kemiskinan dalam kalangan komuniti Melayu ketika zaman Mahathir gagal diselesaikan dengan baik.
Walaupun Mahathir banyak memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur dan pembangunan ekonomi semasa era pemerintahannya, namun banyak pihak mengkritik dia gagal menyelesaikan masalah kemiskinan dalam kalangan masyarakat Melayu.
Dia banyak memberi tumpuan kepada projek-projek mega kerana Mahathir mahu dunia kagum dengan projek mega yang dibina oleh Malaysia. Apa saja binaan yang terbesar, terpanjang, tertinggi, terhebat, mesti berada di Malaysia.
Selain itu, Mahathir percaya dengan pembinaan projek-projek ini kononnya akan merancakkan kegiatan ekonomi Malaysia.
Namun, tiada guna memiliki bangunan yang besar dan mewah tetapi masyarakat Melayu khususnya masih tinggal di rumah-rumah kos rendah dan setinggan di tengah ibu kota Malaysia.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/letters/52766
Sewaktu menjadi Perdana Menteri keempat, Mahathir bersekongkol dengan Menteri Kewangan merangkap rakan baiknya sendiri iaitu Tun Daim Zainuddin tentang skandal Forex.
Skandal Forex berkenaan telah menyebabkan Bank Negara Malaysia (BNM) dibelenggu kontroversi dan negara kehilangan aset negara.
Nilai kerugian sebanyak RM31.5 bilion dilaporkan hilang daripada aset negara akibat skandal tersebut.
Daim pula mendakwa dia tidak sedar tentang perubahan polisi BNM tentang perdagangan pertukaran mata asing selepas 1985.
BNM dilaporkan telah membelanjakan nilai mencecah jutaan hingga bilion Ringgit Malaysia sehari dalam pasaran pertukaran masa asing.
Pada 1993, Gabenor BNM, Tan Sri Jaafar Hussein mengaku negara kerugian RM10.1 bilion berikutan aktiviti mereka dalam pasaran pertukaran mata wang asing.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/391479
Mahathir tak perlu nak menayang segala 'kemahirannya' di media sosial semata-mata mahu menarik perhatian rakyat dan menunjukkan kononnya dia masih relevan.
Perlu ingat, zaman Mahathir sudah berakhir dan dia bukanlah pemimpin yang sesuai dengan keadaan semasa.
Pemikirannya sudah lapuk dan tiada idea baharu yang boleh dia sumbang kepada negara.
Mahathir hanya menggunakan sisa-sisa strateginya untuk mempengaruhi sokongan rakyat sebelum PRU-16.
Dia masih mengidamkan 'kerusi' Perdana Menteri buat kali ketiga dan janganlah mudah tertipu dengan semua tipu helahnya.
Comments
Post a Comment