Annuar Zaini 'Menyorok' Di Sebalik 'Imej Baik'


Tan Sri Mohd Annuar Zaini pernah membuat 'kacau' dan mencampuri urusan pentadbiran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau BERNAMA sewaktu menjadi Pengerusi Lembaga Pengelola organisasi berkenaan.

Antara isu yang menjadi kontroversi adalah soal perjanjian dengan Bernama TV Synergy Sdn Bhd.

Mohd Annuar ketika itu memegang jawatan sebagai Pengerusi Bernama serta Pengarah Bernama TV Synergy.

Dikhabarkan Bernama TV Synergy berhutang RM15 juta kepada Bernama.

Namun tidak diketahui sama ada hutang tersebut sudah dilunaskan oleh Bernama TV Synergy atau belum.

Mohd Annuar pernah memberi penjelasan ringkas sebab Bernama memutuskan hubungannya dengan Bernama TV Synergy Sdn Bhd.

Isu tersebut bagaimanapun dikaitkan dengan kedudukan kewangan Bernama TV Synergy.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/109720


Mohd Annuar juga menggunakan pengaruh media untuk mengeluarkan pelbagai kenyataan tentang bermacam-macam isu.

Masakan tidak, anaknya sendiri adalah penulis bagi sebuah portal terkenal di negara ini.

Dia akan menggunakan nama anaknya sebagai medium untuk melontarkan pandangannya dalam portal berkenaan.

Salah satu isu adalah Mohd Annuar mendesak YDPA untuk mempercepatkan pelantikan Perdana Menteri baharu pada 2021.

Siapakah Mohd Annuar untuk mendesak YDPA? Apakah tugas dia sebenarnya? Adakah dia merupakan penasihat YDPA?

Sewajarnya Mohd Annuar tidak boleh mencampuri apa jua urusan berkaitan pelantikan atau pemecatan Perdana Menteri.

Mungkin disebabkan dia adalah penasihat Sultan Perak, maka dia merasakan berhak untuk campur tangan atau melontarkan komen yang sebenarnya tidak perlu untuk dibangkitkan oleh dirinya.

Mohd Annuar sepatutnya fokus dalam menguruskan tanggungjawabnya di Perak sebagai Ahli Dewan Negara dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Sumber: https://www.thevibes.com/articles/news/36370/king-has-less-than-48-hours-to-remove-pm


Mohd Annuar pernah 'kantoi' membuat kesilapan memainkan naratif politik yang tidak sewajarnya.

Dia sebelum ini dikecam kerana memfitnah kedua-dua parti komponen Perikatan Nasional berebut jawatan Menteri Besar Perak.

Namun, kemudiannya, dia meminta maaf secara terbuka selepas Menteri Besar Perak baharu dilantik.

Sewajarnya, Mohd Annuar sebagai penasihat Sultan Perak menjaga nama baik institusi diraja kerana istana merupakan lambang penyatuan rakyat.

Mohd Annuar juga tidak sepatutnya bersikap menyebelahi mana-mana pihak sebagai individu berkepentingan dalam istana.

Gara-gara fahaman politiknya, dia terperangkap dalam mainannya sendiri.

Sumber: https://www.agendadaily.com/politik/ydp-majlis-agama-islam-perak-dikecam-malukan-islam-memfitnah/


Sebagai Ahli Dewan Negeri Perak, dia sepatutnya faham tentang kepentingan untuk menjaga namanya supaya tidak terpalit dengan sebarang isu salah laku.

Mohd Annuar sebelum ini pernah ditarik balik darjah kebesaran dari Kelantan pada 2019 atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan kepada umum.

Kebiasaannya, darjah kebesaran di Malaysia akan ditarik balik apabila seseorang penerima telah melakukan kesalahan atau perbuatan yang tidak memenuhi standard serta integriti yang diperlukan.

Jarang sekali kes penarikan darjah kebesaran ini berlaku di Malaysia melainkan individu tersebut telah mencemarkan nama baik dan martabat darjah kebesaran yang diberikan.

Namun, kebanyakan pihak mengetahui Mohd Annuar merupakan 'dalang' kepada peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai YDPA.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/16066/edisi/kelantan/istana-kelantan-tarik-balik-darjah-kebesaran-mohd-annuar-zaini


Mohd Annuar menggunakan apa jua cara untuk menjatuhkan seseorang, tak kira rakyat biasa atau kerabat diraja.

Apa sebenarnya permainan yang cuba direncana oleh politikus seperti Mohd Annuar?

Mungkin ramai tidak tahu taktik kotor Mohd Annuar dalam politik tapi di Perak, dia paling berpengaruh dan membuat 'huru-hara' di negeri itu.

Rakyat Perak sepatutnya membuat petisyen kepada Istana Perak untuk membuang sahaja Mohd Annuar daripada terus berada dalam sistem pemerintahan negeri itu.

Dia hanya bersembunyi di sebalik imejnya yang bersongkok tapi hakikatnya, dia hanya seorang politikus yang 'kotor'.

Comments

Popular posts from this blog

Muhammad Sanusi Penghasut Politik

Syed Saddiq Hanya Tunggang Isu

Mahathir Hanya Pengkhianat Negara