Campur Tangan Jahat Annuar Zaini


Ahli Dewan Negara Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini merupakan seorang yang suka campur tangan dalam pelbagai perkara.

Daripada isu dalam negeri Perak sehinggalah isu nasional, semuanya disentuh oleh Mohd Annuar.

Pendek kata, ada sahaja komen atau campur tangan Mohd Annuar dalam sesuatu isu.

Mungkin disebabkan dia adalah penasihat Sultan Perak, maka dia merasakan berhak untuk campur tangan atau melontarkan komen yang sebenarnya tidak perlu untuk dibangkitkan oleh dirinya.

Mohd Annuar sepatutnya fokus dalam menguruskan tanggungjawabnya di Perak sebagai Ahli Dewan Negara dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Sumber: https://www.utusan.com.my/berita/2021/01/mohd-annuar-dilantik-yang-dipertua-maipk/


Sebelum ini, Mohd Annuar mendakwa Yang Dipertuan Agong (YDPA) memerlukan privy council sendiri untuk menentang Peguam Negara.

Mohd Annuar mengatakan Agong perlu mempunyai penasihat undang-undang sendiri untuk menentang Peguam Negara sekiranya berlaku perselisihan faham antara Istana Negara dan badan eksekutif yang diketuai oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Apakah Mohd Annuar tidak membaca Perlembagaan Negara tentang peranan seorang Peguam Negara?

Perkara 145 (2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa tugas Peguam Negara adalah menasihati YDPA, Kabinet dan mana-mana menteri.

YDPA, Perdana Menteri dan Peguam Negara berada di pihak yang sama iaitu badan eksekutif.

Tugas Peguam Negara adalah memberi nasihat undang-undang kepada Perdana Menteri/Kabinet dan Yang di-Pertuan Agong.

Nasihat yang diberi mengenai sesuatu isu adalah nasihat undang-undang.

Nasihat yang diberi kepada Perdana Menteri/Kabinet dan YDPA semestinyalah nasihat yang sama.

Masakan, untuk mengambil hati Perdana Menteri/Kabinet, Peguam Negara akan memberi nasihat yang berlainan kepada Perdana Menteri/Kabinet dan untuk mengambil hati YDPA, beliau akan memberi nasihat yang berlainan kepada YDPA.

Sumber: https://bebasnews.my/2021/07/20/perlukah-yang-dipertuan-agong-mempunyai-privy-council-untuk-menasihati-baginda-mengenai-isu-undang-undang/


Mohd Annuar ini juga menggunakan pengaruh media untuk mengeluarkan pelbagai kenyataan tentang bermacam-macam isu.

Masakan tidak, anaknya sendiri adalah penulis bagi sebuah portal terkenal di negara ini.

Dia akan menggunakan nama anaknya sebagai medium untuk melontarkan pandangannya dalam portal berkenaan.

Salah satu isu adalah Mohd Annuar mendesak YDPA untuk mempercepatkan pelantikan Perdana Menteri baharu pada 2021.Siapakah Mohd Annuar untuk mendesak YDPA? Apakah tugas sebenarnya? Adakah dia merupakan penasihat YDPA?

Sewajarnya Mohd Annuar tidak boleh mencampuri apa jua urusan berkaitan pelantikan atau pemecatan Perdana Menteri.

Sumber: https://www.thevibes.com/articles/news/36370/king-has-less-than-48-hours-to-remove-pm


Konflik politik Perak pada 2009 menyaksikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin terpaksa meletakkan jawatannya.

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh pejabat Sultan Perak, mendesak agar Mohamad Nizar meletakkan jawatan dikhabarkan merupakan perancangan teliti Mohd Annuar untuk mencampuri urusan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Walhal, pihak istana tidak dibenarkan sama sekali untuk campur tangan dalam sebarang hal ehwal DUN.

Mohd Annuar turut menjadi punca Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai YDPA.

Campur tangan Annuar Zaini itu menyebabkan darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan Kelantan kepadanya ditarik balik, menandakan baginda murka dengan sikapnya yang berniat jahat itu.

Sumber: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2009/05/11/krisis-politik-perak-campur-tangan-sultan-penentu-penyelesaian


Tuntasnya, Mohd Annuar perlu memikirkan kembali tentang peranan sebenarnya. Jangan lebih sudu dari kuah.

Jalankan sahaja tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negara Perak dan Yang Dipertua MAIPk.

Tak usah sibuk-sibuk mencampuri urusan lain. Fokus kepada tugas hakiki. Masih banyak perkara boleh diselesaikan di Perak.

Isu rakyat di Perak bukan satu atau dua masalah sahaja, tetapi banyak perkara perlu diselesaikan.

Jangan disebabkan ada pengaruh dan kabel yang kuat, Mohd Annuar boleh berbuat sesuka hatinya.

Comments

Popular posts from this blog

Muhammad Sanusi Penghasut Politik

Syed Saddiq Hanya Tunggang Isu

Mahathir Hanya Pengkhianat Negara