Keluarga Mahathir Pro-LGBT, Amal Kehidupan Barat


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia adalah seorang anti LGBT.

Mahathir sebelum ini menegaskan bahawa LGBT adalah budaya Barat dan tidak sepatutnya diamalkan di Malaysia.

Teguh pendirian Mahathir tentang isu LGBT. Malangnya keturunan Mahathir tidak berpendirian seperti dia.

Anaknya, Marina Mahathir merupakan aktivis yang lantang memperjuangkan hak dan diskriminasi golongan LGBT di Malaysia.

Cucu-cucunya juga dilihat merupakan penyokong kuat perhimpunan pro-LGBT di negara ini.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lgbt-tidak-diterima-di-malaysia-tun-mahathir-186203


Marina pada 2018 pernah mencetuskan kontroversi apabila mengatakan Malaysia tidak akan maju sekiranya tidak bersikap liberal.

Dia juga mendakwa Islamisasi hanya akan merosakkan negara.

Marina mendakwa Malaysia di ambang kemerosotan jika negara ini terus mengamalkan agenda Islamisasi yang tidak hanya akan memecahbelahkan masyarakat tetapi menyuburkan keganasan.

Jangan terang-terang menampakkan diri itu sebagai seorang penyokong berhaluan liberal yang tegar.

Fahaman liberal ini dibawa oleh orang-orang Barat yang menolak agama dan tradisi.

Maka, janganlah kita terpengaruh dengan kenyataan liberal daripada Marina yang akan menyesatkan akidah seseorang.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/letters/409931


Marina pernah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas dia dilihat menyokong pengambilan anak angkat oleh pasangan LGBT.

Sebagai figura awam, tindakan Marina mencemarkan nama baik Islam.

Buruk impaknya sekiranya seorang anak angkat dibela oleh pasangan LGBT.

Apakah Marina mahu melahirkan lebih ramai golongan LGBT di negara ini? Meskipun berstatus anak angkat, namun pengaruh kekeluargaan sangat besar dalam kehidupan seseorang.

Tidak mustahil anak angkat itu akan mengikut 'jejak langkah' pasangan LGBT itu pada kemudian hari.

Memperjuangkan hak asasi manusia ada caranya. Jangan 'main langgar' sahaja.

Bukan Islam sahaja melarang hubungan sesama jantina, mana-mana agama di dunia pun tidak mengiktirafnya.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/390558


Cucu Mahathir kerap kali memuat naik hantaran di media sosial menyertai perhimpunan LGBT di negara ini.

Mahathir sepatutnya memberi nasihat kepada anak dan cucunya terlebih dahulu.

Tak guna berbicara soal anti-LGBT kalau ahli keluarga sendiri menyokong golongan terbabit.

Belum lagi sebut cucu Mahathir kantoi minum arak ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Terang-terangan keluarga Mahathir mengamalkan kehidupan seperti orang Barat.

Sudahlah sokong LGBT, minum arak. Apa lagi kemungkaran dibuat oleh keluarga Mahathir?

Sumber: https://www.malaysia-today.net/2020/08/26/cucu-mahathir-di-tangkap-langgar-pkpp-mabuk/


Sebagai sebuah keluarga yang berpengaruh di Malaysia, teladan baik perlu ditonjolkan oleh mereka.

Malangnya, keluarga Mahathir memilih untuk menunjukkan contoh kurang elok kepada rakyat.

Keluarga Mahathir perlu ingat bahawa mereka dilahirkan sebagai Islam dan tinggal di Malaysia.

Mereka terang-terangan melanggar hukum Islam dan undang-undang negara yang menentang LGBT serta fahaman liberal dan Barat.

Insaflah, masih belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan. Peluang itu masih terbuka untuk keluarga Mahathir.

Comments

Popular posts from this blog

Muhammad Sanusi Penghasut Politik

Syed Saddiq Hanya Tunggang Isu

Mahathir Hanya Pengkhianat Negara