Ahmad Zahid Rakus, Berlagak Diktator UMNO

Nama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hangat diperkatakan baru-baru ini apabila bertindak memecat dan menggantung keahlian beberapa pemimpin parti tersebut.

Antara yang dipecat adalah Bekas Ketua Pemuda UMNO dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin.

Sementara itu, Ketua UMNO bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan digantung keahliannya.

Meskipun tindakan tersebut didakwa diambil mengikut saranan Lembaga Disiplin UMNO namun rakyat sedia maklum bahawa langkah itu dibuat disebabkan Ahmad Zahid mahu membuang semua individu yang cuba menentangnya.

Ahmad Zahid ketika ini seperti seekor singa yang sedang kelaparan, mahu meluaskan pengaruhnya dalam UMNO.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1056931/kj-dipecat-hishammuddin-shahril-digantung-keahlian-umno

Khairy merupakan antara individu yang lantang mendesak Ahmad Zahid meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO susulan kekalahn teruk parti terbabit pada Pilihan Raya Ke-15 (PRU-15).

Khairy turut menggesa agar jawatan Presiden serta Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Namun Ahmad Zahid lebih licik, menggunakan pengaruhnya untuk menolak usul tersebut dan menjalankan 'pembersihan parti secara besar-besaran'.

Menurut sumber dalaman parti itu, Ahmad Zahid tidak menggunakan saluran disiplin yang sebetulnya ketika memecat dan menggantung beberapa ahlinya itu.

Tambah sumber itu, Ahmad Zahid enggan mengikut keputusan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang menolak usul beliau bagi memecat serta menggantung beberapa ahlinya termasuk Khairy.

Maknanya, Ahmad Zahid bersikap seperti seorang diktator dalam parti UMNO. Bila-bila masa sahaja beliau boleh memecat dan menggantung sesiapa yang tidak disukainya.

Sumber: https://www.thestar.com.my/news/nation/2023/01/29/sources-zahid-received-objections-on-announcement

Ketika PRU-15, Ahmad Zahid bertindak tidak mencalonkan beberapa nama terkemuka seperti Tan Sri Annuar Musa dan Tan Sri Noh Omar.

Annuar Musa terpilih menjadi Ketua UMNO Bahagian Ketereh selama 20 tahun dan berjaya menjadi Ahli Parlimen bahagian Ketereh.

Malangnya, tindakan kurang bijak oleh Ahmad Zahid menyebabkan satu-satunya kubu kuat UMNO di Kelantan itu terlepas ke tangan orang lain.

Malah, Annuar juga dipecat daripada UMNO, sekali gus menyebabkan parti itu kehilangan salah seorang figura terkemuka.

Noh Omar juga berdepan situasi hampir serupa. Parlimen Tanjung Karang di Selangor merupakan kubu kuat UMNO sejak bertahun lamanya.

Namun sayangnya terlepas ke tangan parti lain akibat kebodohan Ahmad Zahid yang enggan mencalonkan Noh Omar.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1037173/annuar-isteri-shahidan-antara-dipecat-umno

Ahmad Zahid merupakan antara paling lantang mendesak PRU-15 diadakan segera sebelum ini.

Beliau menggunakan pengaruhnya sebagai Presiden UMNO untuk mendesak bekas Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen.

Ahmad Zahid juga kelihatan tampak yakin dengan mendakwa UMNO mampu menang besar.

Bagaimanapun, UMNO mengalami kekalahan paling memalukan dalam sejarah pilihan raya negara apabila hanya berjaya memperoleh 30 kerusi sahaja ketika PRU-15.

Ahmad Zahid bukan sahaja membelakangkan parti, malah gagal memahami kehendak pengundi pada PRU-15.

Tetapi Ahmad Zahid masih tiada rasa malu dan kekal memegang jawatan Presiden UMNO sehingga kini.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2022/11/20/zahid-kena-pikul-tanggungjawab-bn-kalah/

Kerakusan Ahmad Zahid memperluaskan pengaruhnya dalam UMNO akan memberi kesan besar kepada UMNO dalam jangka masa panjang.

Rakyat menolak kepimpinan Ahmad Zahid dalam UMNO.

Tukarlah, pecatlah seberapa ramai ahli sekali pun, kalau nakhoda parti masih di tangan Ahmad Zahid, tiada apa yang berubah.Ahmad Zahid perlu ada sekelumit rasa malu dalam dirinya.

Letak jawatan secara terhormat.Kalau betul sayangkan UMNO, berikan jawatan Presiden kepada orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Muhammad Sanusi Penghasut Politik

Syed Saddiq Hanya Tunggang Isu

Mahathir Hanya Pengkhianat Negara