Nilai Liberal MUDA Bertentangan Adat Melayu

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memang dikenali sebagai parti yang mengangkat ideologi liberal secara terang-terangan.

Malahan, tiada sesiapa daripada ahli-ahlinya menafikan dakwaan berkenaan.

Sepanjang MUDA ditubuhkan, banyak 'isyarat' jelas menunjukkan MUDA memperjuangkan ideologi tersebut.

Apa matlamat sebenar MUDA dalam arena politik negara? Apakah 'penamat' yang dikejar oleh parti berkenaan?

Parti MUDA bukan sahaja gagal menjadi kuasa ketiga, malahan gagal mengangkat misi dan visi perjuangan yang jelas kepada rakyat.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2021/04/28/masalah-parti-muda-adalah-syed-saddiq/

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti MUDA, Lim Wei Jiet pada Julai lalu mengeluarkan kenyataan dangkal bahawa dia bersolidariti dengan pemilik Crackhouse Club House, Rizal Van Geyzel.

Wei Jiet mendakwa pelawak memainkan peranan penting dalam masyarakat dan elemen jenaka sering melucukan kerana terdapat 'kebenaran' dalam kandungan lawak itu.

Satu soalan perlu diutarakan kepada Wei Jiet. Adakah Wei Jiet tidak akan marah sekiranya agama dianuti oleh Wei Jiet dihina oleh pihak lain? Sudah tentu akan marah, bukan.

Begitu juga dengan orang Islam apabila agama Islam dihina sehingga dijadikan bahan jenaka.

Tiada siapa menghalang pelawak membuat lawak di atas pentas namun perlu mempunyai batas-batas tertentu.

Umat Islam yang berbangsa Melayu berpegang kuat dengan agenda Islam serta berpegang dengan syariat Islam dan tidak bersetuju dengan prinsip liberalisme.

Isu-isu yang menyentuh agama Islam adalah sangat sensitif. Hakikat ini gagal difahami oleh segelintir pihak seperti Wei Jiet sehingga mereka mengambil ringan terhadap tindakan yang menggugat isu sensitif seperti itu.

Sumber: https://ttkm.com.my/2022/07/15/penahanan-rizal-untuk-diamkan-kebebasan-bersuara-lim-wei-jiet-ahli-jkep-muda/

Pada Mac lalu, aktivis LGBT dan hak asasi manusia, Datuk Ambiga Sreenavasan dilihat menyokong MUDA ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ambiga juga merupakan penyokong tuntutan Coalition of Malaysian NGOs (COMANGO) dalam Penilaian Berkala Sejagat (UPR) oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHCR) di Geneva, Switzerland.

COMANGO mendesak agar kerajaan Malaysia menghormati hak kebebasan beragama dan mengikiraf hak-hak LGBT.

COMANGO telah difatwakan sebagai ancaman kepada agama Islam dan Malaysia oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam.

Majlis Fatwa berpendapat tuntutan yang dibawa Ambiga dan sekutunya adalah tidak selari dengan cara hidup masyarakat Malaysia yang majoritinya beragama Islam dan mengamalkan budaya ketimuran.

LGBT bukan sahaja tidak diterima dalam Islam, malahan mana-mana agama besar di dunia.

Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2014/02/14/comango-threat-to-islam-and-nation-says-national-fatwa-council/618759

Isu paling popular yang menjadi perbincangan hangat semua rakyat Malaysia adalah penularan gambar ahli-ahli MUDA minum arak pada awal tahun ini.

Syed Saddiq mengatakan perbuatan itu tidak salah kerana ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum.

Wahai Syed Saddiq, sedarkah anda bahawa majoriti rakyat di negara ini adalah orang Melayu?

Arak merupakan sesuatu yang sensitif bagi orang Melayu beragama Islam dan ditegah dalam agama Islam.

Jika perbuatan sepert minum arak itu dinormalisasikan secara meluas seperti itu, apa akan berlaku kepada pembentukan akhlak umat Islam terutamanya bagi mereka yang masih belum mencapai usia matang?

Pengaruh media sosial sangat besar pada masa ini. Sekiranya Syed Saddiq menganggap perbuatan minum arak adalah sesuatu yang normal, fikirkan semula Syed Saddiq.

Kenyataan berbentuk cetek seperi itu hanya memberi pengaruh buruk kepada masyarakat. Sebagai figura awam, Syed Saddiq sepatutnya memberi contoh positif kepada rakyat, bukan sebaliknya.

Sumber: https://www.malaysianow.com/my/news/2022/01/05/apa-salahnya-ahli-minum-arak-kata-syed-saddiq

https://premium.sinarharian.com.my/article/180271/fokus/semasa/nak-perlekeh-ahli-muda-minum-arak-biar-berakal

Kalau Syed Saddiq dan MUDA mahu membawa fahaman liberal melalui jalan politik, lupakan saja.

Liberalisme sesuatu yang tidak boleh diterima di negara ini.

Golongan Melayu yang beragama Islam bukan mudah dipijak-pijak oleh penggerak liberal seperti MUDA.

Sekiranya MUDA mahu memperluaskan dakyah liberalisme ini, keluarlah dari negara ini.

Pergilah ke negara yang menerima liberalisme ini, Malaysia bukan tempatnya.

Comments

Popular posts from this blog

Muhammad Sanusi Penghasut Politik

Syed Saddiq Hanya Tunggang Isu

Mahathir Hanya Pengkhianat Negara