Mahathir Dan Ceritera Tumbangnya PH

Mantan Perdana Menteri keempat dan ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan parti Bersatu akan tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas bertindak menikam belakang Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

'Langkah Sheraton' yang berlaku pada 2020 sehingga membawa kepada kejatuhan PH dan terbentuknya Perikatan Nasional (PN) bukanlah satu pengkhianatan seperti didakwa oleh Mahathir.

Persoalan yang timbul tentang kenyataan Mahathir itu adalah, benarkah PH bersalah atau Mahathir sekadar mahu meletakkan kesalahan kepada orang lain?

Dalam konteks ini, Mahathir seharusnya perlu memandang semula ke belakang atau melakukan refleksi diri tentang punca sebenar kepada perpecahan dalam PH.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/638104

Menurut mantan senator, Datuk Husam Musa, Mahathir sebenarnya sudah bersetuju untuk memegang jawatan Perdana Menteri ke-7 selama dua tahun sebelum menyerahkannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun apabila tempoh itu semakin tamat, Mahathir secara tiba-tiba meletakkan jawatan secara mengejut tanpa mengadakan perbincangan dengan PH.

Mahathir juga tidak berjumpa dengan PH dan enggan menghadiri mesyuarat bersama PH.

Disebabkan itu, anggota PH memilih untuk menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri sebelum Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8.

PH sendiri sudah mengeluarkan kenyataan bahawa enggan menyokong Mahathir sebagai Perdana Menteri buat kali ketiga.

Gabungan tersebut dilihat serik untuk menjalankan 'kerjasama' politik dengan Mahathir kerana kegagalan mantan Perdana Menteri itu melunaskan janjinya dan membuat keputusan tanpa sebarang perbincangan.

Sumber: https://www.suarakeadilan.my/post/perjanjian-serah-kuasa-mahathir-anwar-husam-bongkar-apa-sebenarnya-berlaku

https://www.astroawani.com/berita-politik/punca-utama-kejatuhan-ph-sebab-dr-mahathir-letak-jawatan-tanpa-berbincang-shamsul-iskandar-281507

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/ph-takkan-sokong-tun-m-jadi-pm-kali-ketiga/

Salah satu punca kejatuhan PH adalah perseteruan yang berpanjangan antara Mahathir dan Anwar.

Anwar mendakwa Mahathir bukanlah seorang pemimpin reformasi, sebaliknya sibuk untuk melontarkan naratif berbentuk perkauman sebaik sahaja dilantik menjadi Perdana Menteri ke-7.

Perbalahan kedua-dua pemimpin itu bukan sahaja merugikan gabungan berkenaan, malahan memberi mesej jelas bahawa Mahathir dan Anwar sebenarnya tidak boleh duduk dalam satu 'kapal' yang sama.

Kedua-dua pemimpin itu mempunyai cara yang berbeza dan Mahathir hanya mempergunakan Anwar untuk mencapai objektifnya dalam dunia politik.

Disebabkan itu, Mahathir tidak teragak-agak untuk menyertai PH serta bergabung dengan seteru utamanya dan merampas semula jawatan Perdana Menteri.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/09/22/mahathir-bukan-reformis-sebab-itu-reformasi-ph-tidak-bersungguh-sungguh-kata-anwar/

Mahathir tidak peduli tentang PH. Beliau hanya menggunakan gabungan itu untuk memperjuangkan kepentingan politik peribadinya.

Sebagai contoh, Mahathir yang sebelum ini sering mengkritik DAP, tiba-tiba mengumumkan kerjasama bersama DAP semata-mata untuk meraih undi orang Melayu.

Mahathir sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai tujuannya untuk berkuasa semula dan tindakannya itu menunjukkan beliau bukan seorang yang berpegang kepada apa-apa prinsip.

Lihat sahaja, bagaimana Mahathir menggunakan kedudukannya untuk melantik anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah sebanyak dua kali, walhal Mukhriz tidak memberi sumbangan yang mengagumkan kepada rakyat negeri itu.

Mahathir juga dilihat sebagai pemimpin yang tidak mempedulikan nasib rakyat dan hanya mahu memberi keistimewaan kepada golongan kaya-raya saja.

Buktinya, ketika era PH, salah satu tindakan Mahathir yang tidak digemari rakyat adalah menarik insentif penjawat awam selain gagal memberikan bantuan yang sewajarnya kepada golongan berpendapatan rendah.

Beliau juga gagal menangani penularan awal kes Covid-19 dengan baik dan desakan rakyat ketika itu menjadi salah satu faktor Mahathir meletakkan jawatannya, ditambah peratus sokongan terhadapnya mulai menurun.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/532086

https://suaramerdeka.com.my/populariti-dr-mahathir-turun-sokongan-pn-naik-melalui-mn/

https://www.astroawani.com/berita-politik/akhirnya-tun-mahathir-akui-rela-diri-dipergunakan-dap-azwanbro-169534

Menjadi seorang Perdana Menteri bukan tugas mudah, beban negara dan rakyat terletak pada Perdana Menteri. Mahathir juga dilanda pelbagai faktor kesihatan disebabkan usianya yang lanjut malahan baru-baru ini beliau didakwa sudah nyanyuk.

Pendek kata, masa tidak berpihak kepada Mahathir dan rakyat kini lebih terarah kepada calon Perdana Menteri lain.

Mahathir juga disarankan agar berhentilah menuding jari kepada orang lain dan lihatlah kembali apa yang beliau pernah lakukan.

Mahathir mungkin bijak bermain politik tapi beliau tidak bijak menyantuni isi hati rakyat. Tanpa rakyat, tiadalah ahli politik atau pemimpin.

Sejarah sudah membuktikan rakyat tersempit ketika era pemerintahan Mahathir, sudah pastinya orang ramai tidak mahu mengulangi pengalaman 'pahit' itu.

Beliau perlu sedar rakyat yang sebenarnya merencana perjalanan tadbir urus negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

Muhammad Sanusi Penghasut Politik

Syed Saddiq Hanya Tunggang Isu

Mahathir Hanya Pengkhianat Negara