Mahathir ‘Jual’ Kedaulatan Johor
Sejak 2008, Johor cuba mencari jalan mendapatkan semula hak kedaulatan Pulau Batu Puteh.
Titah Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 2008, pulau berkenaan bukan milik republik berkenaan sebaliknya hak milik kerajaan Johor.
Langkah itu diteruskan oleh Sultan Johor ketika ini, Sultan Ibrahim yang menitahkan agar Kerajaan Negeri Johor supaya menubuhkan sebuah pasukan khas untuk mengkaji berhubung rayuan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2014.
Sumber:https://www.malaysiakini.com/news/84719?fbclid=IwAR1Z2RziJFq3UepxqMPokOssel9-5WwmnEDbT5wRS29gUy_XjhtyS-REdjI
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sultan-johor-titah-mahu-kes-pulau-batu-puteh-dirayu-36813?fbclid=IwAR1d3cIUhlxGnuyrwxMqWkGwkh9YZ4NpimWK493L2ELStJgQM7Nhrh8WzAk
Meskipun perjuangan menuntut hak Pulau Batu Puteh itu dijalankan sejak sekian lama oleh Johor, namun bekas Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad sewenang-wenangnya tidak meneruskan permohonan semakan semula kes Pulau Batu Puteh di ICJ ketika era pemerintahannya pada 2018.
Tindakan Mahathir itu nyata mengundang kemurkaan kepada Sultan Ibrahim.
Titah baginda, keputusan tersebut seolah-olah mengaku kalah sebelum memasuki gelanggang di ICJ walaupun ada penemuan bukti baharu yang memihak kepada Malaysia.
Baginda turut mempersoalkan mengapa soal kedaulatan Johor seolah-olah tidak penting kepada kerajaan di bawah Mahathir ketika itu.
Susulan titah baginda itu, pada Oktober tahun lalu, Kabinet bersetuju membentuk Pasukan Petugas Khas bagi menyemak isu dan tindakan perundangan berhubung kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/955917/sultan-johor-terima-laporan-pasukan-khas-kes-batu-puteh
https://suara.tv/14/10/2021/pulau-batu-puteh-cuba-kalau-langkawi-diambil-thailand-apa-orang-kedah-rasa-sultan-johor/
Mahathir sebaliknya mengeluarkan kenyataan mendakwa kerajaan Johor tidak menuntut Pulau Batu Puteh sebagai milik kerajaan Johor.
Mahathir juga berkata, Malaysia mendakwa Pulau Batu Puteh adalah milik Malaysia. Maka ini dipertikai oleh Singapura dan berlakulah kontroversi.
Jika benar kerajaan Johor tidak menuntut Pulau Batu Puteh, mengapa sejak 2008, Johor bertekad mahu mendapatkan semula hak kedaulatan pulau berkenaan?
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/878302/langkawi-bukan-pulau-batu-puteh-dr-mahathir
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/siam-tak-pernah-tuntut-langkawi-tapi-johor-sendiri-dahulu-tak-mahu-tuntut-batu-puteh-dr-mahathir-326458
Tindakan Mahathir ketika itu menimbulkan keraguan ramai pihak kerana wujudnya bukti baharu, satu permohonan dikemukakan untuk semakan dihantar oleh kerajaan pada Februari 2017.
Pada 30 Jun 2017, Malaysia juga mengemukakan permohonan untuk ICJ mentafsirkan penghakimannya pada 2008 tentang Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
ICJ bersetuju untuk mendengar penghujahan Malaysia dengan memberikan tarikh untuk pendengaran semakan tersebut.
Dokumen pertama yang dihantar sebagai bukti menunjukkan bahawa pegawai tertinggi Singapura tidak pernah menganggap Pulau Batu Puteh sebahagian daripada Singapura.
Sementara dokumen kedua pula menunjukkan bahawa Tentera Laut British memperakui bahawa perairan di kawasan ketiga-tiga pulau tersebut adalah perairan dan wilayah Johor.
Dokumen terakhir menunjukkan bahawa peta operasi tentera laut British menunjukkan sempadan wilayah Singapura tidak termasuk Pulau Batu Puteh.
Semua dokumen tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa Pulau Batu Puteh tidak berada dalam wilayah republik itu.
Jadi kenapa di sebalik semua bukti baharu ini, kerajaan di bawah pimpinan Mahathir ketika itu memutuskan untuk tidak meneruskannya proses semakan tersebut?
Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/168174/BERITA/Nasional/Isu-Pulau-Batu-Puteh-Dr-Mahathir-tidak-jawab-persoalan-sebenar
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy menyifatkan tindakan Mahathir itu merupakan 'cara mudah untuk keluar dari situasi'.
Katanya, Mahathir hanya memendam kebencian dan perasaan geram kepada Singapura.
Tambahnya, alasan Mahathir yang mengatakan Malaysia harus menghormati perjanjian antarabangsa, seolah-olah menggambarkan dia percaya Singapura mempunyai kedaulatan ke atas pulau berkenaan.
Sumber: https://www.themalaysianinsight.com/index.php/bahasa/s/346544
Yang tidak masuk akal, mengapa Mahathir ketika itu meminta nasihat dan pandangan daripada peguam luar negara?
Dedah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika kerajaan PH menulis kepada ICJ pada 28 Mei 2018 untuk tarik diri daripada rayuan untuk pengembalian Pulau Batu Puteh, Peguam Negara yang dilantik ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN), Mohamed Apandi Ali telah direhatkan serta-merta dan tidak pernah dirujuk berhubung kes itu.
Tommy Thomas pula hanya mengangkat sumpah untuk menjadi Peguam Negara pada 4 Jun 2018, iaitu selepas kerajaan PH telah tulis surat untuk tarik tuntutan Pulau Batu Puteh.
Siapakah dan atas kuasa apakah peguam luar negara yang menasihati Mahathir serta Kabinet PH yang bersetuju dengan keputusan menarik tuntutan semakan Pulau Batu Puteh?
Dokumen mahkamah menunjukkan, Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, berpandangan semakan tidak perlu diteruskan kononnya demi kepentingan negara, termasuk mengambil kira faktor kos. Ini sangat tidak masuk akal.
Sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2018/06/346294/tommy-thomas-dilantik-peguam-negara
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/11/siapa-nasihat-dr-m-isu-batu-puteh-ketika-peguam-negara-direhat-soal-najib/
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/917554/dokumen-penarikan-semakan-tuntutan-pulau-batu-puteh-tidak-boleh

Comments
Post a Comment