Posts

Showing posts from January, 2023

Ahmad Zahid Rakus, Berlagak Diktator UMNO

Image
Nama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hangat diperkatakan baru-baru ini apabila bertindak memecat dan menggantung keahlian beberapa pemimpin parti tersebut. Antara yang dipecat adalah Bekas Ketua Pemuda UMNO dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin. Sementara itu, Ketua UMNO bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan digantung keahliannya. Meskipun tindakan tersebut didakwa diambil mengikut saranan Lembaga Disiplin UMNO namun rakyat sedia maklum bahawa langkah itu dibuat disebabkan Ahmad Zahid mahu membuang semua individu yang cuba menentangnya. Ahmad Zahid ketika ini seperti seekor singa yang sedang kelaparan, mahu meluaskan pengaruhnya dalam UMNO. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1056931/kj-dipecat-hishammuddin-shahril-digantung-keahlian-umno Khairy merupakan antara individu yang lantang mendesak Ahmad Zahid meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO susulan kekalahn teruk par

Perak Rakus Jarah Hutan Simpan

Image
Kerajaan Perak nampaknya 'bersiap-siaga' untuk melaksanakan penjarahan kawasan hutan secara besar-besaran tidak lama lagi. Kawasan hutan seluas 4,280 hektar bakal menjadi korban kepada kerakusan Kerajaan Perak. Lokasi tersebut yang terletak di Hutan Simpan Kledang Saiong akan dijadikan sebagai ladang hutan bermula tahun ini. Bayangkan kawasan berkeluasan kira-kira 5,994 padang bola sepak bakal dijarah oleh Kerajaan Perak. Paling membingungkan, kawasan itu merupakan hutan simpan yang sepatutnya dipelihara dan dipulihara oleh Kerajaan Perak. Sumber: https://www.facebook.com/doe.gov.my/posts/pfbid0qz4mEc57BKNsYd8PmnZ3BaA9f3HT9MXpYxmN4wCrr4X49Fs5nJvaXrxqvz4MQftjl Hutan tersebut menempatkan habitat terancam kritikal di bawah Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) iaitu 'helmeted hornbill' dan 'Asian brown tortoise'. Malahan, kawsan itu juga merupakan lokasi habitat bagi 11 lagi spesis terancam seperti Tapir Asia, Siamang serta