Posts

Showing posts from December, 2022

Apa Nasib Pejuang Selepas Kekalahan Mahathir?

Image
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mewakili Pejuang kalah teruk di Langkawi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan hilang wang deposit. Beliau hanya mendapat 4,566 undi berbanding calon Perikatan Nasional, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dengan 25,463 undi. Mahathir gagal mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU-14 dan merupakan kekalahan pertamanya dalam tempoh 53 tahun. Mahathir kian hilang sokongan daripada rakyat dan kekalahan teruk itu membuktikan fakta berkenaan. Mahathir tidak seperti dahulu dan auranya semakin hilang dalam kalangan pengundi. Namun, apa yang bakal berlaku kepada partinya, Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) selepas ini? Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/232324/berita/politik/tun-mahathir-tewas-di-langkawi PEJUANG akan terus tersisih daripada 'pandangan' rakyat. Selepas kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan PRU-15, tiada siapa memandang serius kepada parti berkenaan. Meskipun menampilkan calon sele

Mahathir Langgar Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

Image
DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir selaku Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260, menitahkan proses pelantikan hakim di negara ini adalah lemah dan boleh diperbaiki. Baginda juga menitahkan bahawa keanggotaan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) tidak boleh dibuat oleh Perdana Menteri agar tiada pihak mengambil kesempatan dalam institusi kehakiman negara. Ramai sedia maklum bahawa bekas Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas sudah berulang kali melanggar Akta SPK 2009. Tindakan mereka itu dilihat mempunyai muslihat dan kepentingan peribadi. Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/10/21/jac-didnt-name-3-for-top-judges-posts-says-report/ Pada 13 Jun 2018, SPK mencadangkan nama Tan Sri Azahar Mohamad sebagai Ketua Hakim Negara dan Tan Sri Rohana Yusuf (Presiden Mahkamah Rayuan) dan Datuk Abdul Rahman Sebli (Hakim Besar Sabah dan Sarawak). Namun, Tun R