Dari Awal MUDA Dipenuhi Kontroversi
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini memutuskan untuk tidak bertanding dalam pemilihan sulung parti MUDA kerana kes mahkamahnya masih berjalan. Dia mendakwa tidak mahu kes mahkamahnya menghalang MUDA daripada terus maju ke hadapan. Syed Saddiq turut mendakwa parti politik mestilah bersih dan kepimpinan perlulah suci tanpa sebarang cela. Namun, adakah MUDA bersih ketika di bawah kepimpinan Syed Saddiq sebelum ini? Kenyataan Syed Saddiq itu seolah-olah dia berada dalam khayalan sendiri bahawa partinya selama ini bersih daripada sebarang kontroversi. Tidak sampai dua tahun penubuhan parti, MUDA terpalit dengan kontroversi ahli-ahlinya dengan selamba menayangkan kegiatan mereka minum minuman beralkohol. Sehinggakan ada yang mempertikaikan sama ada pembelian arak berkenaan menggunakan duit kutipan awam bantuan banjir di Johor pada 2022. Syed Saddiq mendakwa ahli-ahli yang minum arak adalah mereka yang bukan beragama Islam. Namun, wajarkah foto-foto m...